• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Hubungan Pendidikan Dengan Azerbaijan

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAKU, Azerbaijan – Sektor ilmu dan pendidikan menjadi fokus Kedutaan Besar Malaysia di Azerbaijan pada masa ini selain usaha berterusan untuk membesarkan saiz kerjasama ekonomi dan kebudayaan di antara dua negara.

Duta Besar Malaysia di Azerbaijan, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata sektor ilmu dan pendidikan penting kerana ia turut menjadi pemangkin hubungan rapat kedua-dua negara.

Bercakap kepada Bernama di sini baru-baru ini, beliau berkata Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang proaktif menghulur jalinan kerjasama dengan IPT tersohor di Azerbaijan.

“Saya yakin UniMAP dan beberapa institusi lain yang pernah hadir di Azerbaijan akan menjadi pemangkin hubungan dan kerjasama Malaysia-Azerbaijan melalui sektor ilmu dan pendidikan,” katanya.

Program Jelajah Ilmu UniMAP 2017 ke Azerbaijan selama empat hari yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail minggu lepas memperlihatkan usaha positif universiti itu menghulur jalinan kerjasama yang disambut baik oleh institusi-institusi pengajian tinggi di negara pengeluar minyak itu.

Antara kerjasama yang dijalin ialah di antara UniMAP dan Khazar University yang telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama akademik manakala majlis menandatangani surat hasrat (LoI) berlangsung di antara UniMAP dan Odlar Yurdu University (OYU) sebagai langkah awal menjalin kerjasama yang lebih kukuh.

Delegasi yang turut disertai Timbalan Naib Canselor UniMAP Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Razli Ahmad serta anggota-anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu juga melawat Baku Higher Oil School.

Roslan berkata, beliau turut mengiringi Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Azerbaijan, Mikayil Jabbarov untuk membincangkan penerokaan peluang kerjasama lebih mendalam dalam sektor pendidikan.

Beliau percaya jalinan kerjasama yang mula terlakar antara UniMAP dan institusi-institusi pengajian tinggi di Azerbaijan akan terus kukuh dan utuh serta memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

Selain itu, lawatan ke sektor industri termasuk Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) yang merupakan pelaburan penting Malaysia di negara itu selain syarikat Azerbaijan Oil and Fat di pinggir bandar Baku turut membawa manfaat.

Roslan berkata Petronas membuat pelaburan lebih US$4 bilion di Azerbaijan sejak beberapa tahun lepas kerana yakin dengan masa depannya.

Mengenai penerbangan terus Kuala Lumpur-Baku, beliau berkata setakat ini ia belum dilaksanakan namun rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk ke Azerbaijan termasuk melalui Bangkok, Thailand.

Beliau percaya rakyat Malaysia akan lebih ramai melawat Azerbaijan begitu juga sebaliknya jika terdapat penerbangan terus Kuala Lumpur-Baku.

Pada masa ini, Malaysia memberi kemudahan kepada rakyat Azerbaijan memasuki negara tanpa visa selama 30 hari sejak 2015 tetapi rakyat Malaysia yang memasuki Azerbaijan masih memerlukan visa.

Roslan berkata hubungan rapat Malaysia-Azerbaijan pasti akan membawa hasil yang positif dalam apa jua perbincangan berkaitan kepentingan bersama. – BERNAMA


​​​​​​​

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd