• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felcra Jangka Agihan Dividen Interim RM320 Juta

oleh AK-47
22/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Felda Berhad (Felcra) menjangkakan agihan pembayaran dividen interim kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara pada tahun ini akan meningkat kepada RM320 juta berbanding RM301 juta, tahun lepas.

Menteri Kemajuan Luar Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan itu antara lainnya disebabkan oleh faktor harga komoditi sawit di pasaran global yang meningkat selain cuaca lebih baik.

“Pembayaran dividen interim (pertama) 1/2017 membabitkan pengagihan sebanyak RM86 juta telah dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri lepas manakala interim 2/2017 sebanyak RM101.5 juta yang telah diberikan seperti diumumkan pada 10 Dis lepas.

“Untuk pembayaran interim 3/2017 yang pengagihannya akan dibuat pada Mac nanti, kita menyasarkan jumlahnya akan meningkat lebih daripada RM101.5 juta berikutan keadaan cuaca lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas berikutan beberapa negeri terlibat banjir dan menjejaskan hasil sawit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis ‘Moh Ngeteh’ dan Penyampaian Dividen Interim 2/2017 kepada peserta-peserta Felcra Berhad di Felda Temangau di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata secara purata setiap peserta yang mempunyai sekurang-kurangnya 1.2 hektar tanah menerima sebanyak RM800 untuk dividen interim 1/2017, RM1,150 untuk dividen interim 2/2017 manakala dividen interim 3/2017 dijangka meningkat kepada RM2,000.

Beliau berkata, pembayaran dividen berterusan pada musim perayaan dan sesi awal persekolahan juga menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan beban mereka.

Pada majlis itu, Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera turut mengumumkan agihan dividen interim 2/2017 sebanyak RM17.3 juta kepada 9,794 peserta dari 30 kawasan Felcra di seluruh Pahang.

Beliau turut menyampaikan dividen kepada 216 perserta Felcra kawasan Temangau di majlis itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd