• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Lagi Pasukan Lulus Lesen Kelab FAM

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat pasukan Liga Premier 2017 iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, PKNP FC dan Negeri Sembilan telah lulus dalam permohonan mendapatkan Lesen Kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perkembangan itu sekali gus membolehkan pasukan terbabit layak untuk beraksi pada saingan Liga Super 2018.

“Surat kelulusan lesen berkenaan telah dihantar kepada empat pasukan tersebut hari ini selepas mereka berjaya melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama.

“Kriteria tersebut adalah kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hamidin berkata, kelulusan dibuat selepas mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 15 November lalu.

Kata beliau, mesyuarat itu telah meneliti semua dokumen dihantar pasukan-pasukan terbabit dan mendapati pasukan PKNP FC dan Negeri Sembilan berjaya lulus enam kriteria utama yang ditetapkan itu.

Manakala. Kuala Lumpur dan Terengganu pula telah diberi tempoh lanjutan selama dua minggu sehingga 30 November 2017 untuk mereka melengkapkan dokumen yang diperlukan dan akhirnya sebelum tarikh tutup berkenaan.

“Kedua-dua pasukan berjaya juga untuk menghantarnya dengan lengkap,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Hamidin Mohd AminFAMLesen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd