• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eka Sharif Bakal Tamat Zaman Bujang?

oleh AK-47
25/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Eka Sharif mungkin jarang-jarang didengari di corong-corong radio. Tetapi namanya menjadi amat popular di dalam aplikasi nyanyian, Smule.

Seperti Khai Bahar yang memulakan karier nyanyiannya menerusi Smule, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) ini juga menempa nama di platform yang sama.

Namun, baru-baru ini, pemilik nama sebenar Nur Atiqah Shariffudin ini seakan-akan memberi hint kepada para pengikutnya apabila memuat naik satu foto yang menunjukkan fail kursus pra-perkahwinan.

Apa yang mengejutkan, namanya tertera di fail tersebut. Adakah foto itu sebagai tanda bahawa Ratu Smule Malaysia ini bakal menamatkan zaman bujangnya?

Eka turut memuat naik satu video pendek menerusi aplikasi InstaStory yang menunjukkan dirinya lengkap bertudung dan berbaju kurung.

Orang kata, jika sudah pergi ke kursus perkahwinan tu, tandanya individu tersebut bakal berkahwin tidak lama lagi lah maknanya,kan?

Takkanlah pergi saja-saja teman kawan!

Dalam pada itu, Eka kini sedang giat memperomosikan single terbarunya yang berjudul Sepenuh Jiwa.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Puyu dan Razif yang juga gitaris Projector Band.

Nampaknya tuah berpihak kepada Eka apabila ahli kumpulan yang popular dengan lagu Sudah Ku Tahu itu menghadiahkan lagu Sepenuh Jiwa kepadanya.

Sebelum ini, Eka menjadi sebutan di Smule apabila berjaya mencuri tumpuan netizen dengan video covernya menerusi lagu Sudah Ku Tahu.

Jika benar penyanyi 27 tahun ini bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat, kami ucapkan tahniah! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Eka Sharif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd