• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Maut, Tiga Cedera Dalam Kemalangan Di Setiu

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Dua pemuda maut dan tiga cedera dalam kemalangan di Kampung Saujana, kilometer 68 Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu Supt Zulkifli Mat Deris berkata kemalangan yang berlaku kira-kira 9.15 malam tadi itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna dan dua motosikal.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Alza dari arah Kuala Terengganu melanggar dua motosial iaitu jenis Honda Dash dan sebuah lagi belum dikenal pasti sehingga terkeluar dari simpang sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, sebuah daripada motosikal terbabit telah terbakar,” katanya selepas dihubungi Bernama pagi ini.

Penunggang dan pembonceng motosikal Honda Dash yang berusia 23 dan 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan teruk pada kepala.

Zulkifli berkata keadaan jalan yang basah selepas hujan dan gelap tanpa lampu mungkin juga antara faktor kemalangan berkenaan.

“Pemandu kereta yang juga seorang doktor cedera pada tangan dan kaki, manakala penunggang dan pembonceng motosikal berumur 19 dan 20 tahun yang masih belum dikenal pasti itu luka pada dagu, badan, tangan dan kaki. Manakala tiga lagi penumpang kereta berusia 11, 14, dan 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd