• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Afifi Al-Akiti Tokoh Maulidur Rasul 2017

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pensyarah Pusat Islam di Fakulti Teologi, Oxford University, United Kingdom, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti, diumum penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017.

Beliau menerima wang tunai RM50,000, sebuah trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017 di Masjid Wilayah, di sini semalam.

Turut mengiringi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Lapan individu lain pula menerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.

Mereka ialah Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin; Atase Agama di London, Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz; mantan Duta Malaysia pertama ke Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Pengerusi Yayasan Murni Aqidah (YMA), Datuk Aidit Ghazali; Pengerusi Eksekutif International Shaariah Research Academy (ISRA), Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin; Penel Pemikir Dakwah Negara, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin; Ahli Majlis Perundingan Islam, Prof. Datin Dr. Raihanah Abdullah serta penyelidik astronomi, Dr. Nur Adlyka Ainul Annuar.

Semua mereka menerima wang tunai RM20,000, sebuah trofi serta sijil penghargaan.

Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan besar individu terbabit dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan global yang diiktiraf pelbagai pihak. – BH ONLINE

Tags: Dr muhammad afifi al-akitiMaulidur Rasultokoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Perbezaan Satu Kelebihan Tempuhi Cabaran – PM

20/10/2021
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar semua pihak berganding bahu ketika negara berdepan dengan cabaran...

Romantik Suami Isteri Itu Sunnah Rasulullah SAW

10/11/2019
0

SHAH ALAM - Sambutan Maulidur Rasul perlu dijadikan landasan meningkatkan rasa cinta, kasih kepada Rasulullah SAW selain menyuburkan rasa sayang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd