Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Demam Rajinikanth Filem Kabali...

KUALA LUMPUR - Sebelum ini, rakyat Malaysia hanya mampu menonton filem Tamil dengan...

11 Kematian, Kes Pulih...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,638 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif...

Bekas Timbalan Pengarah Bebas...

KOTA KINABALU- Seorang bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini yang ditahan...

Lelaki Tampar Imam Masjid...

KUALA LUMPUR - "I feel guilty, I want to see imam, I want to...

Doping: Rusia Diharam Sertai Olimpik Musim Sejuk 2018

LAUSANNE (Switzerland) – Rusia diharamkan daripada menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) susulan program doping terancang mereka.

Bagaimanapun keputusan dramatik yang diumumkan di sini lewat semalam (awal pagi waktu Malaysia) mengesahkan bahawa atlet Rusia yang bersih masih dibenarkan bertanding di bawah bendera Olimpik.

Hukuman tersebut adalah yang paling berat pernah dikenakan IOC kerana skandal penipuan dadah terbesar dalam sejarah dan ia hadir 65 hari sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan.

Ketika mengumumkan keputusan berat itu, Presiden IOC, Thomas Bach mendakwa Rusia melakukan kesalahan serius tidak pernah berlaku sebelum ini sekali gus menjejaskan integriti Sukan Olimpik dan semangat kesukanan.

Laporan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan dua jawatankuasa siasatan IOC mengesahkan atlet negara itu terlibat dalam program penipuan dadah yang kemuncaknya pada Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi, Rusia.

Bukti penyiasatan selanjutnya menunjukkan bahawa program berkenaan turut membabitkan sejumlah pegawai kanan kerajaan sendiri, termasuk kementerian sukan dengan bantuan daripada ejen rahsia kebangsaan.

IOC juga mengenakan hukuman gantung seumur hidup ke atas Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko yang pernah dilantik menjadi menteri sukan negara berkenaan ketika temasya tersebut berlangsung di Sochi.


Mutko ketika ini merupakan ketua jawatankuasa penganjur untuk kejohanan bola sepak berprestij Piala Dunia 2018, yang menyaksikan Rusia menang bidaan sebagai tuan rumah buat julung kalinya.

Fokus kini terarah kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sama ada masih membenarkan Presiden Rusia, Vladimir Putin mengekalkan peranannya dalam penganjuran Piala Dunia susulan skandal yang melanda itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, FIFA berkata badan induk sukan popular itu memandang serius keputusan yang dibuat oleh IOC tetapi ia tidak memberi kesan kepada persiapan penganjuran Piala Dunia 2018.

Pihak IOC menerusi sidang akhbar di sini turut dilaporkan bertindak menggantung Jawatankuasa Olimpik Rusia termasuk ketuanya sekali, Alexander Zhukov. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori