• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Pelangi, Krew Redah Hutan Dua Kali!

oleh
07/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM sesebuah karya, pemilihan lokasi penggambaran sememangnya memberikan peranan yang penting untuk membangkitkan ‘mood’ dalam jalan cerita.

Bagi filem Pinjamkan Hatiku, pengarah Osman Ali telah mempertaruhkan sinematografi yang terbaik menerusi pemandangan yang indah.

“Saya sangat berpuas hati dan tersentuh dengan jalan ceritanya.  

“Alhamdulillah istimewanya filem ini apabila saya berjaya mendapatkan beberapa lokasi unik di beberapa negeri di Semenanjung yang jarang dipotretkan di dalam filem dan ada beberapa lokasi yang orang luar juga tidak berapa familiar.

“Ia secara tidak lansung akan menjadi tarikan untuk filem kali ini,” katanya dipetik daripada Sinar Harian.

Filem romantis berkenaan telah berlatarbelakangkan persekitaran yang indah di Sungai Lembing, Pahang dengan menjanjikan keindaham alam semula jadi.

Menurut pelakon utama filem tersebut, Ayda Jebat, dia mengakui sepanjang penggambaran ke sana, dia telah mengalami beberapa kecederaan kecil ketika ingin menuju ke salah satu lokasi dekat Air Terjun Pelangi yang telah menjadi tarikan utama di negeri tersebut.

“Kami memakan masa kira-kira dua jam berjalan kaki melalui trek yang disediakan untuk menuju ke air terjun tersebut. Malangnya, pada hari pertama, pelangi yang diharapkan tidak muncul.

“Jadi, pihak produksi membuat keputusan untuk kembali semula ke lokasi yang sama keesokan harinya semata-mata mahu merakamkan pemandangan pelangi untuk diselitkan dalam adegan filem ini,” kata Ayda kepada Utusan Online.

Walaupun mengalami luka kecil, penat lelahnya seperti hilang begitu sahaja selepas dapat menyaksikan keindahan pemandangan di sekitar lokasi tersebut.

Mereka perlu mendaki trek demi mendapatkan scene yang menariki di dalam filem tersebut.

Keletihan para krew produksi juga agak berbaloi selepas melihat keindahan pelangi sambil mendengar deruan air terjun bersama dengan udara yang nyaman.

“Seawal pukul 4 pagi kami dan kru produksi memulakan perjalanan dan kejerihan itu tidak dirasakan tatkala pelangi terbit terkena biasan mentari,” ujarnya lagi.

Selain Ayda, antara pelakon yang turut membintangi filem tersebut ialah Shaheizy Sam, Farid Kamil, Normah Damanhuri, Lia Natalia dan ramai lagi.

Lagu tema bagi filem itu turut diberi tajuk yang sama iaitu Pinjamkan Hatiku yang mana Ayda bersama dengan Adi Priyo telah bergandingan bagi menjayakan lagu tersebut.

Apa yang lebih menarik ialah klip video lagu tersebut telah diarahkan oleh Ayda sendiri dengan bantuan pihak produksi The Malaya TV.

Wah… Kreatif juga Ayda ni ya. Ingatkan Janna Nick je yang sudah mula berjinak dalam mengarahkan muzik video, rupanya Ayda pun ada bakat terpendam juga.

Tak dinafikan juga, pemandangan di Air Terjun Pelangi bagaikan satu keajaiban Maha Pencipta. Dengan air terjun yang cantik bersama dengan pelangi yang indah benar-benar menenangkan jiwa yang memandang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Air Terjun PelangiAyda Jebatosman aliPinjamkan Hatiku
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ayda Jebat, Nabil Bertunang Atas Talian

29/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas menjalin hubungan rapat kira-kira setahun, Nabil Mahir dan Ayda Jebat bertunang secara atas talian, semalam. Nabil,...

Ayda Jebat Cipta Rekod Di Awan Biru

08/08/2019
0

KOTA KINABALU - Penyanyi, Ayda Jebat melakar sejarah apabila persembahan mini pertamanya yang diadakan dalam pesawat AK5106 dari Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd