Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Ribuan Rakyat Rai Keputeraan...

TOKYO - Ribuan rakyat jelata membanjiri perkarangan Istana DiRaja di Jepun hari ini untuk meraikan hari...

Puad Gesa RCI Siasat...

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengulangi gesaannya supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)...

Melaka Tunggu Ujian Kedua...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka membuat ujian makmal kedua bagi menyiasat dakwaan terdapat...

PM Ucap Tahniah Pasukan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan tenpin...

Demi Keluarga, Mimi Mohon Jangan Keruhkan Keadaan

KUMPULAN One Nation Emcees suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu Raja Gelek dan Anak Kampung.

Namun, nama kumpulan tersebut seakan-akan terkubur selepas beberapa tahun dalam industri.

Tetapi, baru-baru ini, satu-satunya anggota perempuan kumpulan itu, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham menjadi sebutan netizen selepas bercerai.

Demi menjaga nama baik kedua-dua keluarga, Mimi menerusi laman Instagramnya meminta tiada pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan melemparkan tuduhan terhadap mereka.

Salam semua. Bagi menjawab segala soalan yang beribu di message whatsapp phone call dan sosial media. Memang benar perkahwinan mimi tak berjaya bertahan. Pada bulan ini..mimi dan suami dah bercerai. Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi mimi rasa tak salah untuk kami berdua dapat melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat. Tuhan saja yang Maha Mengetahui apa yang yang sebenanrnya tertulis buat kami jadi mimi harap tiada yang cuba utk menokok tambah cerita hanya kerana bukti2 yang sesungguhnya tidak sama sekali benar. Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya tapi sila hormat perasaan dan kerunsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami. Kami masih berkawan baik seperti dulu. Firdaus adalah kawan sejati mimi semenjak umur mimi 13tahun. Jangan sekali2 berfikiran yang anda lebih tahu hakikat di sebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang dah kami jernihkan bersama. Dengan itu salam sayang dari saya semoga anda semua bahagia dan doakanlah yang terbaik buat saya dan bekas suami. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 buat fidi. I wish you all the love in the world cuz honestly…you deserve em all. You are still indeed one of the best person I’ve ever known my whole life and for what its worth. I love you and I hope you will be the man that u promised me u wanna be. Much love.

A post shared by Mimi Fly (@mimiflyyy) on

“Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi Mimi rasa tak salah untuk kami berdua melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat.

“Tuhan saja yang Maha Mengetahui apa yang yang sebenanrnya tertulis buat kami jadi Mimi harap tiada yang cuba untuk menokok tambah cerita hanya kerana bukti-bukti yang sesungguhnya tidak sama sekali benar,” tulisnya di laman Instagram.

Tambah Mimi, kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya dan bekas suami, Mohd Firdaus Hajar mampu melukakan hati keluarga mereka.


Mimi turut meminta agar pihak tersebut untuk menghormati kedua-dua keluarga dengan tidak ‘menjaja’ cerita yang bukan-bukan.

“Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya, tapi sila hormat perasaan dan kerunsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami.

“Jangan sesekali berfikiran yang anda lebih tahu hakikat disebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang dah kami jernihkan bersama,” jelasnya.

Akui Mimi, walaupun sudah bercerai, dia masih berkawan baik dengan Firdaus dan tidak akan memutuskan persahabatan yang terjalin sejak penyanyi itu berumur 13 tahun.

Dalam pada itu, Mimi turut mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu. Mimi dan Firdaus telah mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2015 dan telah berpisah pada Disember tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori