• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Pendidikan Tahfiz Lahir Huffaz Profesional

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dalam peringkat akhir perlaksanaannya dilihat mampu memperkasa pendidikan tahfiz, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya dasar itu yang juga bertujuan untuk memberi jaminan masa depan kepada anak tahfiz ini sekaligus bakal melahirkan huffaz yang profesional dalam bidang seperti sains, teknologi dan juga kemahiran dalam industri.

“Dasar tersebut akan memperkenalkan empat modul kurikulum antaranya ialah Tahfiz Turath, Tahfiz Sains, Tahfiz Dini dan Tahfiz Kemahiran dan akan digunakan di institusi tahfiz untuk menjamin kualiti dan masa depan pelajarnya.

“Di Negeri Sembilan kita sudah lama memberikan perhatian terhadap anak-anak huffaz ini dan kerajaan negeri akan memastikan menjelang tahun 2020 semua sekolah agama di negeri ini akan ada kurikulum bersepadu tahfiz,” katanya dalam ucapan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Untuk Asnaf Dun Rantau di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata dalam laporan akhbar bahawa Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini akan menjadi garis panduan kepada pewujudan pusat tahfiz termasuk milik swasta, kini di peringkat akhir mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja.

Pada program itu, Mohamad menyampaikan sumbangan kepada 236 orang dari golongan asnaf dan juga bantuan awal persekolahan kepada 26 keluarga bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Rantau.

Golongan asnaf tersebut mendapat sumbangan sebanyak RM200 seorang manakala setiap penerima bantuan awal persekolahan mendapat dua pasang baju sekolah lengkap berserta kasut dan duit belanja melibatkan seramai 71 orang pelajar.

Sumbangan tersebut bernilai RM64,150 diberikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Zakat Negeri Sembilan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd