• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Terlepas Gelaran Juara Siri Super Akhir Dunia

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harapan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk menundukkan Viktor Axelsen terkubur apabila tewas pada final Siri Super Akhir Dunia sekali gus gagal memburu gelaran kelimanya di kejohanan berprestij itu.

Pada aksi selama 84 minit di Kompleks Sukan Hamdan Dubai, Emiriah Arab Bersatu itu, Chong Wei yang kini berada di kedudukan kedua dunia ditundukkan pemain muda dari Denmark itu 19-21, 21-19 dan 21-15.

Chong Wei yang pada awalnya kelihatan lebih bersemangat pada set pertama bagaimanapun tidak dapat menangkis kemaraan Axelsen pada set seterusnya yang menjurus kepada kemenangan berpihak kepada Axelsen.

Namun, Chong Wei tidak memberikan kemenangan mudah kepada Axelsen apabila juara empat kali itu terpaksa bertungkus lumus dalam aksi sengit untuk mengalahkan Chong Wei.

Chong Wei sudah empat kali menjuarai Siri Super Akhir bermula pada 2008 di Kota Kinabalu, 2009 di Johor Bahru, 2010 di Taiwan dan 2013 di Kuala Lumpur.

Bagi acara perseorangan wanita, pemain Jepun Akane Yamaguchi menewaskan pemain India Pusarla V.Sindhu 15-21, 21-12, 21-19 manakala Zheng Siwei-Chen Qingchen (China) menewaskan beregu campuran Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21-15, 22-20.

Beregu lelaki Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo menang bergaya menewaskan beregu China, Liu Cheng-Zhang Nan 21-16, 21-15 dan gelaran juara beregu wanita diraih oleh Shiho Tanaka-Koharu Yonemoto dari Jepun yang menundukkan rakan senegara, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-16, 21-15. – BERNAMA

Tags: badmintonLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd