• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Mula Langkah Kanan Di Dubai

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei membuka kempen di Kejohanan Badminton Siri Super Akhir Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan langkah kanan apabila menewaskan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, hari ini.

Pemain nombor dua dunia itu mengambil masa 40 minit sebelum berjaya menebus kekalahannya kepada Angus di Terbuka China bulan lepas, dengan kemenangan mudah 21-14 dan 21-13.

Pemain berusia 35 tahun itu akan berdepan Son Wan Ho dari Korea Selatan dalam perlawanan kedua kumpulan A, selepas pemain di ranking kelima dunia itu mendapat kemenangan percuma apabila pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long menarik diri kerana mengalami kecederaan.

Penarikan diri jaguh dari China itu, menyaksikan Chong Wei mempunyai peluang cerah untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$1 juta (kira-kira RM4.09 juta).

Berdasarkan format perlawanan, hanya juara dan naib juara kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya.

Dalam saingan pembukaan kumpulan B pula, menyaksikan pemain China, Shi Yuqi mengenepikan Chou Tien Chen dari Taiwan dengan 21-19 dan 21-17 manakala satu lagi perlawanan akan membabitkan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark menentang K. Srikanth dari India.

Untuk rekod, Chong Wei telah memenangi gelaran Siri Super Akhir sebanyak empat kali iaitu tiga tahun berturut-turut dari 2008 hingga 2010 dan 2013.

Sementara itu, gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal meneruskan rentak cemerlang rakan senegara apabila terpaksa tunduk kepada pasangan China, Wang Yilyu-Huang Dongping 21-12 dan 21-11 dalam perlawanan pertama kumpulan B.

Pasangan beregu campuran negara yang berada di ranking ke-11 dunia itu bermula dengan mantap di awal perlawanan, bagaimanapun tidak dapat mengekalkan rentak konsisten yang memaksa mereka untuk tunduk kepada pasangan yang berada di ranking keempat itu.

Kian Meng-Pei Jing dijadualkan berdepan Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia pada perlawanan kedua sebelum menghadapi cabaran dari pasangan England, Chris Adcock-Gabrielle Adcock. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd