• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Buka Tudung Atau Sila Beredar Dari Sini”

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengawal keselamatan di restoran McDonald’s di Britain digantung kerja serta-merta gara-gara bersikap anti-islam atau Islamfobia terhadap seorang pelanggan yang berhijab.

Lapor Metro. uk, petugas berusia lingkungan 40-an itu mengarahkan mangsa yang berusia 19 tahun menanggalkan tudungnya ketika hendak memasuki restoran terbabit di Holloway, utara London, pada Jumaat lalu.

Wakil jurucakap McDonald’s cawangan Seven Sisters mengesahkan syarikatnya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang pelanggan mereka berhijab ketika memasuki premis berkenaan.

Malah mereka sangat mengalu-alukan kehadiran pelanggan daripada pelbagai agama dan meminta maaf atas kejadian yang menimpa remaja Muslimah tersebut.

Menerusi video yang dirakam remaja terbabit, dia terkejut kerana ini merupakan pengalaman pertamanya diarah untuk berbuat demikian sepanjang menetap di United Kingdom.

“Kenapa saya tidak dibenarkan masuk ke McDonald’s? Sebab saya bertudung? kata wanita Muslim yang tidak ingin dikenali itu.

“Awak hanya perlu menanggalkanya dan ini akan selesai,” kata pengawal keselamatan terbabit ketika bertegas menjawab kenyataan mangsa.

Mangsa kemudian memberikan penjelasan mengenai tuntutan agama Islam dan pendiriannya sebagai seorang Muslim namun ia tetap tidak halang tindakan lelaki itu yang terus memintanya membuka tudung.

“Buka tudung atau beredar daripada sini,” kata lelaki itu sambil menunjukkan gerak geri tangan kepada mangsa.

Rakaman kemudian memaparkan tindakan wanita itu menjerit kepada pengawal keselamatan terbabit dengan mengatakan “Ini adalah jenayah kebencian, jenayah kebencian!”.

Di penghujung rakaman, tampil seorang pelanggan lain menegur sikap pengawal keselamatan terbabit dengan mengatakan memakai tudung itu adalah haknya dan dia sepatutnya tidak perlu mencampuri urusan mangsa.

Mangsa kemudian dilihat beredar daripada restoran berkenaan selepas seorang kakitangan McDonald’s memintanya tidak merakam insiden terbabit.

Video insiden itu turut mencetuskan kecaman netizen di seluruh dunia dengan mendakwa cawangan McDonald’s itu tidak menghormati pelanggannya yang beragama Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ANTI ISLAMluar negaratudung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Warga India Ditemukan Mati Di Balakong

Next Post

Dilencong Kerana Nama Wifi ‘Bom Dalam Pesawat’

Related Posts

MP Pendang Digantung Parlimen Kerana Tuduh Rayer Anti-Islam

MP Pendang Digantung Parlimen Kerana Tuduh Rayer Anti-Islam

15/07/2024
0

Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) digantung parlimen selama tiga hari kerana menggelar RSN Rayer (Harapan-Jelutong) sebagai anti-Islam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

BN Janjikan Kerakyatan Untuk Anak Lahir Di Luar Negara

BN Janjikan Kerakyatan Untuk Anak Lahir Di Luar Negara

07/11/2022
0

PRU15 | Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berjanji gabungan itu bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan...

Next Post

Dilencong Kerana Nama Wifi 'Bom Dalam Pesawat'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd