• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Laporan Polis Ucapan PM Tindakan Terdesak

oleh Ahmad Albab
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan beberapa anggota DAP membuat laporan polis berhubung ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa berunsur perkauman sebagai tindakan terdesak pembangkang.

Beliau menegaskan ucapan presiden UMNO itu adalah tentang hala tuju negara dalam mencapai Transformasi Nasional 50 (TN50) dan cabaran merealisasikannya yang melibatkan semua kaum di Malaysia.

“Saya membuat penelitian ini (tindakan anggota DAP ini), seolah-olah tindakan drastik dan terdesak untuk mencari perkara-perkara yang dibincangkan dalam UMNO kali ini yang boleh menyentuh perjuangan mereka (DAP) dan menidakkan perjuangan kita (UMNO).

“Apa yang dikatakan oleh Najib tiada unsur perkauman langsung, sebenarnya apa yang kami (pemimpin UMNO) bincangkan adalah berkaitan masa depan negara kita… menuju TN50 dan perjuangan untuk semua, bukan untuk Melayu sahaja.

Bagaimana pula ia dilihat sebagai kenyataan berunsur perkauman? DAP perlu berhenti daripada membuat laporan polis berhubung dakwaan itu,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Semalam, beberapa anggota DAP termasuk anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis berhubung kenyataan Najib pada Perhimpunan Agung UMNO pada Khamis lepas yang menyifatkan DAP parti anti-Melayu dan Islam.- BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd