Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Suami Tikam Isteri Hamil...

KUALA LUMPUR - Seorang suami yang mencederakan isteri yang sedang hamil menggunakan pisau...

Makin Ramai Mahu Daftar...

KUALA LUMPUR - Di sebalik kebakaran pusat tahfiz yang mengorbankan 23 orang di...

TMJ Hadiahkan RM15,000 Pada...

KUALA LUMPUR - Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail...

KPDNKK Perlu Cari Mekanisme...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mempunyai...

Bomba Sukarela Ditubuh Di Setiap DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pasukan Bomba dan Penyelamat Terengganu merancang untuk menubuhkan pasukan bomba sukarela (PBS) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata ia diwujudkan bagi membantu pasukan bomba di sesetengah tempat kejadian.

“Idea ini dicetuskan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee yang mahu mewujudkan PBS di setiap DUN, yang merupakan yang pertama diwujudkan di negara ini.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) di semua DUN berkenaan bagi mewujudkan pasukan itu secepat mungkin,” katanya pada majlis Malam Apresiasi Bomba Terengganu di sini, malam tadi, yang turut dihadiri Mohd Jidin.

Terdapat 32 DUN di Terengganu.

Azlimin berkata bagi PBS di Pulau Redang, seramai 20 orang telah dilantik selain pihaknya mewujudkan PBS di Pasir Panjang di pulau berkenaan yang mempunyai kira-kira 13 resort.


Pihaknya juga mahu mewujudkan sebuah balai bomba kelas D di kawasan perkampungan pulau itu yang kosnya dianggarkan antara RM3 juta dan RM5 juta menjelang 2021.

Beliau berkata di Pulau Perhentian (Besut), Bomba Terengganu turut menempatkan PBS di kawasan perkampungan nelayan Pulau Perhentian Kecil yang melibatkan 15 anggota PBS.

“Kita yakin dengan bantuan PBS, ia mempercepat kerja-kerja membantu mangsa sebelum anggota bomba tiba di kawasan-kawasan yang sukar,” katanya. – BERNAMA

Kategori