• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Nafi Keluarkan Lesen Pemberi Pinjaman Wang

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) meminta orang ramai berwaspada dengan modus operandi pemberian pinjaman wang haram yang mendakwa mereka memiliki lesen daripada BNM untuk menjalankan aktiviti itu seperti yang ditularkan di media sosial.

BNM dalam satu kenyataan media berkata, BNM tidak mengeluarkan lesen pemberian pinjaman wang sebaliknya perniagaan pemberian pinjaman wang dikawal selia di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan ditadbir oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Tujuan penipu ini adalah untuk memperdaya orang ramai supaya mempercayai bahawa mereka ialah pemberi pinjaman wang berlesen dan mengaburi orang ramai untuk membuat pembayaran awal bagi pelbagai tujuan yang berkaitan dengan pinjaman seperti perbelanjaan pentadbiran, duti setem dan yuran guaman.

“Kegiatan penipuan ini dijalankan melalui laman sesawang, media sosial, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), emel atau dalam bentuk komunikasi lain,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, BNM meminta orang ramai berwaspada terhadap mana-mana pihak yang mendakwa bahawa mereka diberikan lesen oleh BNM.

“Mereka dinasihati supaya merujuk senarai institusi yang dilesenkan atau diluluskan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BNMPinjaman Wang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd