• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tidak Ada Selera Terima Mereka

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin PAS yang menyertai Pakatan Harapan sebenarnya bernafsu untuk menyertai Barisan Nasional (BN) selama ini, tetapi malangnya BN tiada selera untuk menerima mereka.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, disebabkan itu bekas pemimpin PAS terbabit menyertai parti pembangkang lain dan mendakwa PAS yang mahu menyertai BN selepas ‘perniagaan politik’ mereka tidak laris.

“Mereka gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya dengan cara menggunakan PAS menjadi tangganya. BN pula tidak ada selera untuk menerima mereka.

“Setelah mereka gagal dengan segala umpan, diuar-uarkan PAS yang pelahap mahu menyertai BN, bukan mereka. Sebenarnya `perniagaan politik’ mereka tidak laris kerana ditolak BN, ditolak PAS dan ada tanda-tanda awal ditolak rakyat dalam PRU akan datang, InsyaAllah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS juga kini dianggap sebagai penghalang kepada mereka untuk ke Putrajaya, maka PAS menjadi sasaran serangan lisan dan tulisan di media sosial yang mudah dipergunakan oleh ramai tentera upahannya.

Beliau dalam pada itu berkata, kini wujud sindiran baharu oleh golongan Islam Liberal untuk memerli dan mengejek ketegasan mereka yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis.

Menurut beliau, golongan itu mahu menjadikan Islam seperti agama yang ada ortodoks atau ideologi konservatif dengan tujuan untuk memancing undi pilihan raya.

“Apabila peluru fitnah PAS mendapat duit Perdana Menteri sebanyak RM90 juta yang mereka anggap boleh menembusi pengaruh PAS, kini mereka menggunakan bahasa yang zahirnya pujian, tetapi hakikatnya perlian.

“Mungkin mereka itu terpengaruh dengan konsep para sami yang menentukan kesucian kepada manusia. Konsep yang asing daripada Islam,” katanya.

Abdul Hadi seterusnya mengingatkan golongan awal menyertai PAS lebih yakin dengan baiah apabila melihat sendiri nasib mereka yang melanggar baiah dan sumpah menjadi calon dan pemimpin telah menerima akibat di dunia.

“Adapun akibatnya di akhirat terserah kepada Allah yang menentukannya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BNHadi Awangpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd