• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Terus Salur Bantuan Pendidikan Walaupun Dikritik

oleh AK-47
23/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan terus menyalurkan bantuan pendidikan yang amat diperlukan rakyat walaupun berdepan pelbagai pandangan negatif dan kritikan terutamanya daripada pembangkang.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kerajaan BN meletakkan pendidikan sebagai tunjang utama dalam membangunkan negara, justeru bantuan pendidikan daripada peringkat sekolah hingga pengajian tinggi disediakan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Menteri Kesihatan itu berkata kerajaan menyediakan sistem persekolahan secara percuma kepada rakyat tanpa bayaran khusus dan pelajar universiti tidak terkecuali menerima subsidi yuran sekitar 90 peratus yang ditanggung kerajaan setiap tahun.

“Malah, dengan musim persekolahan bakal bermula, kerajaan sentiasa prihatin dengan mengambil kira kesusahan dan kepayahan dilalui rakyat kurang berkemampuan dengan membantu mereka membuat persiapan persekolahan.

“Rakyat perlu fahami apa dilakukan oleh kerajaan dan menerimanya dengan positif walaupun terdapat pandangan negatif daripada pihak tertentu yang sentiasa mengkritik usaha murni kerajaan dalam membantu rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 1,400 penerima bantuan Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Segamat berupa kasut, baju sekolah dan beg sekolah daripada Kelab Putra 1Malaysia dan syarikat korporat UEM Edgenta Berhad.

Sementara itu, Abdul Raub Abdul Rahman, 50, yang menerima bantuan persekolahan untuk anaknya berkata beliau boleh menarik nafas lega dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan kerana sedia membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan.

“Pendapatan saya sebagai seorang penoreh getah tidak cukup untuk menyediakan kelengkapan persekolahan bagi tiga anak.

“Sebelum ini saya terpaksa menyediakan wang lebih kurang RM1,000 bagi empat anak, namun dengan bantuan ini ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kami sekeluarga,” katanya yang menetap di Jementah di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd