Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Rosmah Mansor Hadiri Ceramah...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri...

Saman Sekolah, Guru Biar...

KUALA LUMPUR — Seorang bapa bertindak memfailkan saman cuai terhadap sebuah sekolah swasta...

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN...

SEMENYIH - Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti...

Melaka Perlu Tambahan Guru

MELAKA : Kerajaan negeri meminta Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) memastikan negeri ini...

Belum Fikir Ubah Angin, Mahu Masa Dengan Anak

SELEPAS berjaya membintangi filem seram pecah panggung, Pengabdi Setan, Bront Palarae kini masih belum lagi ada hasrat berhijrah ke Indonesia waima dapat banyak tawaran lakonan dari sana.

Menurut Bront, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 38, banyak lagi perkara yang perlu difikirkannya sebelum terus menetap di sana. Lebih-lebih lagi anak perempuannya kini masih lagi berusia 18 bulan.

“Kadang-kala anak saya merajuk sebab sudah lama tidak memandang wajah bapanya. Mungkin kerana dia sedang membesar, namun saya harus bijak membahagikan masa urus kerjaya dan keluarga.

“Buat masa ini, saya belum berhasrat menetap di Indonesia biarpun isteri ada memberikan cadangan untuk kami tinggal bersama di sana,” katanya dipetik daripada BH Online.

Tambah Bront lagi, dalam keadaan anaknya yang masih kecil itu, banyak lagi perkara yang dia mahu lakukan bersama-sama sebelum membuat keputusan yang akan memberi impak besar kepada dirinya.

Filem Pengabdi Setan merupakan sebuah filem genre ngeri dari Indonesia yang diarahkan oleh Joko Anwar kini masih lagi ‘menghantui’ penonton di Malaysia.

Bront turut memberitahu bahawa rezekinya turut mencurah-curah selepas kemunculannya dalam filem tersebut.


Selain filem Pengabdi Setan, Bront bakal muncul dalam sebuah lagi filem juga dari negara seberang iaitu Ayat-Ayat Cinta 2 bersama dengan Nur Fazura Sharifuddin.

“Alhamdulillah, saya bersyukur peluang semakin terbuka luas di Indonesia dan filem Pengabdi Setan menerima sambutan baik. Saya mengaku bukan mudah untuk atasi ‘standard’ yang dibuat Syamsul Yusof menerusi filem Munafik.

“Saya mengambil masa untuk menerima tawaran menjayakan watak bapa berusia 50-an dalam filem berkenaan. Namun, saya jatuh cinta sejurus membaca skripnya,” tambahnya lagi.

Nampaknya semakin ramai selebriti tempatan yang berbakat besar tetapi agak terpendan dan kini sudah mula dikenali di luar negara.

Mungkin ini merupakan salah satu kejayaan yang boleh dicontohi oleh pelakon yang lain supaya terus berusaha sehingga berjaya mencipta nama di luar negara. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Kategori