• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beaufort Perlu Jeti Mudahkan Operasi Banjir

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEAUFORT – Beaufort memerlukan sebuah jeti bagi memudahkan misi menyelamat dan penghantaran bantuan kepada penduduk terjejas banjir di sekitar daerah ini.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata jeti terdekat ialah jeti nelayan yang terletak di Weston kira-kira 36 km dari pekan Beaufort.

“Ini mengambil masa lama untuk misi menghantar bantuan, khususnya bekalan makanan, kepada penduduk terjejas banjir di kawasan terlibat.

“Saya telah mengajukan permohonan ini (pembinaan jeti) kepada kerajaan dan berharap perkara ini dapat disegerakan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan berisiko banjir bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah di sini hari ini.

Mohd Shaid berkata beberapa kawasan telah dikenalpasti untuk pembinaan jeti itu dan boleh juga digunakan untuk tujuan pelancongan.

Beliau mengakui daerah itu tidak menghadapi banjir teruk sepanjang tahun ini, namun sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan sejarah daerah itu ketika hujan lebat berterusan, khususnya pada musim monsun mulai bulan ini sehingga Mac.

“Beaufort alami banjir teruk pada 2014 dan 2015 yang merekodkan pemindahan lebih 7,000 penduduk ke 14 pusat pemindahan sementara.

Sementara itu, Pengarah APM Sabah Kolonel Kamal Mokhtar berkata program tinjauan itu bagi memudahkan perancangan awal menggerakkan aset ke kawasan berisiko banjir untuk penghantaran bantuan.

“Kami mengetahui Beaufort mempunyai sejarah banjir…ada 50 anggota APM yang boleh dikerahkan dalam tempoh tiga jam untuk operasi bencana di daerah ini.

“Bagaimanapun, kami boleh mengerahkan anggota di daerah lain untuk menambahkan kekuatan ketika keadaan memerlukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Operasi Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Pertahanan Diarah Gerakkan Aset Bantu Operasi Banjir

Kementerian Pertahanan Diarah Gerakkan Aset Bantu Operasi Banjir

20/12/2022
1

BESUT : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Pertahanan menggerakkan anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia...

RM50 Juta Dibelanja Untuk Perolehan Aset Hadapi Banjir

06/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM50 juta telah dibelanjakan untuk perolehan aset bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini, kata Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd