• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru Nak Tunjuk ‘Power’, Kejap Lagi Terima Padah!

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR di media sosial sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang pemandu kereta cuba menunjuk ‘power’ tetapi berakhir dengan tragedi yang tidak disangka-sangka.

Menerusi video berdurasi kurang daripada seminit itu, pemandu berkenaan dilihat memecut laju kemudiannya brek secara tiba-tiba ekoran terkejut melihat sekatan jalan raya yang dilakukan oleh beberapa anggota polis.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Petaling Jaya itu, pemandu tersebut dilihat melanggar pula seorang penunggang motosikal sehingga mengakibatkan mangsa melambung ke atas jalan raya.

Memetik sumber, Mynewshub difahamkan insiden bermula apabila sebuah kereta dikatakan cuba ‘mencucuk’ kenderaan yang dipandu oleh perakam, Meng Yek Lau  sekitar jam 3 pagi pada Khamis lalu.

Menurutnya, dia dalam perjalanan pulang selepas bertemu dengan sahabatnya di Jalan Klang Lama dan mendapati sebuah kereta secara tiba-tiba memecut dan mencucuk dari belakang.

“Sebelum kejadian, saya memandu secara perlahan untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba ada sebuah kereta memecut laju dari jauh dan ‘mencucuk’ kereta saya dari arah belakang.

“Saya pun berikan dia laluan, tetapi dia seolah-olah ingin mencari masalah dan mula menekan brek beberapa kali ketika berada di depan kereta saya,” katanya ketika dihubungi oleh mStar Online.

Jelasnya lagi ekoran enggan terlibat dengan kejadian yang tidak diingini, dia segera memintas pemandu tersebut sehingga hilang daripada pandangan.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka pemandu ‘gila’ terbabit bertindak mengulangi tindakan itu sekali lagi sehingga hilang kawalan lalu melanggar seorang penunggang motosikal.

“Saya nampak penunggang itu melambung ke atas jalan raya dan bangun selepas dia dilanggar.

“Kemudian pihak polis datang memberikan bantuan kepada mangsa dan turut bercakap dengan pemandu yang melanggarnya. Saya tidak pasti apa yang berlaku selepas itu,” jelasnya.

Video yang dikongsi sejak semalam itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai di media sosial.

Di mana rata-rata antara mereka melontarkan rasa simpati terhadap penunggang motosikal yang menjadi mangsa kepada tindakan tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya yang lain.

Video tersebut terus menjadi viral dan sehingga kini ia telah menerima lebih daripada 500,000 tontonan di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Tepi Jalan Dirempuh, Suspek Dipercayai Pandu CR-V Hitam Larikan Diri

Peniaga Tepi Jalan Dirempuh, Suspek Dipercayai Pandu CR-V Hitam Larikan Diri

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suasana pagi di Taman Sungai Besi Indah bertukar cemas apabila seorang peniaga tepi jalan dirempuh sebuah kenderaan...

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar – Polis

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar – Polis

13/04/2026
0

KOTA BHARU – Tersalah tekan pedal minyak dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut dirempuh sebuah kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd