• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru Kahwin, Tauke Lancar Produk ‘Ubat Kuat’

oleh
17/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU sahaja seminggu mendirikan rumah tangga, pelawak terkenal Tauke Jambu bakal mengeluarkan produk ubat kesihatan seksual lelaki atau ubat ‘kuat’ tidak lama lagi.

Tauke atau nama sebenarnya, Zamratul Amri Zakaria,41, memberitahu bahawa produk yang diberi nama Kama-Max bakal dilancarkan dalam masa terdekat setelah mengusahakannya sejak pertengahan tahun lalu.

“Saya dapat idea pertengahan tahun lalu dan mengusahakannya dengan seorang rakan.

“Ini adalah masalah lelaki yang malu untuk bertanya, jadi saya fikir ingin membantu kaum Adam sahaja,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Apa yang lebih melucukan ialah apabila Tauke sempat juga memberikan produk berkenaan kepada rakan baiknya, Abam Bocey yang juga baru mendirikan rumah tangga sehari sebelum majlis pernikahannya.

Sabtu lalu, Tauke telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatiya, Nadia Mohd Affendi, 28, di De’Laman, Shah Alam dengan sekali lafaz.

Selepas dia memuat naik beberpaa keping foto produk tersebut di akaun Instagram miliknya, banyak respon positif yang diterima daripada kaum lelaki yang mempunyai masalah sedemikian.

“Perkara ini boleh menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga dan saya suka nak membantu mana-mana yang mempunyai masalah tersebut.

“Ramai juga yang hantar mesej kepada saya bertanya tentang masalah lelaki selepas mereka tahu saya jual ubat ini. Saya tidak kisah yang mana boleh bantu kita cuba bantu,” tambahnya lagi.

Akui bahawa perkahwinan kali keempat ini telah membuatkan kehidupannya lebih terurus berbanding ketika zaman ‘bujang’ dahulu.

Dalam masa yang sama, pasangan suami isteri itu juga masih lagi dalam proses untuk mengatur hidup mereka yang baru sahaja melayari bahtera perkahwinan supaya menjadi lebih indah.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya pun dah boleh berehat selepas majlis perkahwinan kami.

“Sekarang rasa ada orang jaga dan makan minum pun lebih tersusun,” katanya lagi.

Tak ramai sebenarnya selebriti tempatan yang berani untuk promosi produk ubat kuat ni. Iya lah, ada sesetengah individu menganggap ianya sebagai perkara sulit yang agak malu untuk diceritakan.

Apa pun tahniah diucapkan kepada Tauke diatas perkahwinan minggu lalu dan semoga bisnes ubat kuat itu terus berjaya. – MYENWSHUB.CC/AH

Tags: Kama-MaxTauke JambuUbat kuat lelaki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jerman Hantar Pulang 1,500 Warga Gambia

Next Post

UNIC Kena Tahan, Disyaki Masuk Syria Secara Haram

Related Posts

“Nadia Macam Kena Sampuk” – Tauke Jambu

06/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelawak popular, Tauke Jambu menafikan menceraikan Nadia Mohd Affendi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp,...

Jadual Makin Padat, Tauke Gembira Isteri Faham Situasi

09/01/2018
0

KALAU pengantin baharu yang lain, selesai sahaja majlis perkahwinan, pasti laju sahaja mereka 'terbang' ke lokasi bulan madu. Baca: Tauke Sah...

Next Post

UNIC Kena Tahan, Disyaki Masuk Syria Secara Haram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd