• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Persekolahan Ringankan Ibu Bapa

oleh AK-47
05/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berupa beg sekolah dan baucar bernilai RM100 memberi kelegaan kepada ibu bapa berpendapatan rendah untuk menyediakan segala kelengkapan sekolah anak-anak pada sesi baharu persekolahan nanti.

Rata-rata ibu bapa yang ditemui Bernama berpendapat sumbangan YWP melalui Program Ceria Ke Sekolah (CKS) itu membantu meringankan beban kewangan golongan kurang kemampuan.

Ibu kepada lima orang anak, Suraya Mohd Ali, 38, yang pertama kali menerima sumbangan itu amat bersyukur kerana kelengkapan sekolah yang diterima itu telah mengurangkan separuh daripada perbelanjaan untuk persiapan persekolahan anak-anaknya.

“Memandangkan hanya suami sahaja yang bekerja, kami berasa lega sangat kerana ketiga-tiga anak yang bersekolah tahun depan menerima bantuan ini dan menjadi pembakar semangat kepada anak-anak untuk ke sekolah.

Keperluan barangan persekolahan setiap tahun semakin bertambah, jadi saya harap bantuan sebegini diteruskan bagi meringankan beban ibu bapa terutama yang kurang berkemampuan,” katanya pada Program CKS di sini hari ini.

Bagi pekerja swasta, Norisham Tumiran, 33, pula berkata kenaikan harga barangan keperluan sekolah seperti baju seragam dapat ditampung melalui baucar bantuan bernilai RM100.

“Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan ini memudahkan kami para ibu bapa menyediakan bajet bagi membeli segala kelengkapan sekolah anak-anak,” kata bapa yang sudah tiga kali menerima bantuan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Datuk Roslan Hassan berkata program hari ini melibatkan 1,200 penerima terdiri daripada anak-anak agensi terpilih dan anak-anak dari kawasan Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam.

Beliau berkata bantuan berupa baucar pakaian benilai RM100 serta barangan keperluan sekolah seperti alat tulis dan beg sekolah itu melibatkan perbelanjaan berjumlah lebih RM2.5 juta.

Katanya, kira-kira 17,000 pelajar sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menerima bantuan awal persekolahan 2018 di bawah program CKS. – BERNAMA

Tags: Bantuan Persekolahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

30/07/2022
0

MELAKA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100,000 untuk diagihkan kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah di...

Bantuan Sekolah Tak Kunjung Tiba, Terpaksa ‘Shopping’ Saat Akhir

07/01/2019
0

BERATUS-RATUS murid sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang sepatutnya menerima bantuan baju dan kasut sekolah percuma dari Yayasan Wilayah Persekutuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd