• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asfan Semakin Cekap Imbang Keluarga, Karier

oleh
20/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kelahiran anak yang ketiga, kehidupan penyanyi Asfan Shah kini sudah berubah yang mana dia perlu bijak mengatur masa dan jadual kerjayanya.

Baca: Lama Menanti, Akhirnya Fad Dan Asfan Timang Anak Ke-3

Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah bin Shah Rudin yang kini baru sahaja mengeluarkan single baharu, Sumpah Cintaku mengakui dia kini makin sibuk menguruskan dua tanggungjawab serentak iaitu membantu isteri menjaga anak-anak dan mempromosikan lagu barunya itu.

“Semuanya berlaku serentak iaitu promosi single baharu dan dikurniakan anak ketiga, Ali Binyameen Shah. Kalau diikutkan, memang jadual promosi sudah ada.

“Namun, sejak awal lagi, saya dan pihak pengurusan sudah memperincikan pelan B. Rasanya, setakat ini semuanya lancar kerana saya masih dapat membantu apa yang patut sebelum keluar bekerja,” katanya dipetik daripada BH Online.

Menurut penyanyi berusia 32 tahun itu, dia kini semakin bijak mengurus masa dan akan memastikan sebelum keluar bekerja, dia akan menyiapkan keperluan anak-anaknya terlebih dahulu.

Disebabkan dua orang lagi anaknya iaitu Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2, masih lagi kecil, dia perlu bijak melayan mereka dalam masa isterinya, Ain Sakinah razali, 30, masih lagi dalam tempoh berpantang.

“Ada kalanya anak-anak yang masih kecil ini meragam dan mahu mengikut saya bekerja.

“Bagi saya tiada masalah kerana pada masa sama kami dapat menghabiskan masa berkualiti,” tambahnnya lagi.

Selain itu, Asfan turut memahami keadaan isterinya yang kini memerlukan rehat yang banyak.

Oleh sebab itu, dia sering membawa dua lagi anaknya ke mana-mana sahaja termasuk ke sesi fotografi.

“Sebagai anak yang belum memahami apa-apa, mereka mungkin terasa perhatian sudah beralih kepada si kecil.

“Jadi membawa mereka keluar antara cara menunjukkan kasih sayang kami yang tidak berkurang sekelumit pun,” ujar Asfan lagi.

Lepas anak dah bertambah ni pasti banyak yang perlu diuruskan lebih-lebih lagi pengurusan rumah tangga. Tak mengapalah, anak itu kan rezeki daripada Allah S.W.T. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Asfan Shahbayisingle
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd