• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Veteran Latiff Borgiba Meninggal Dunia

oleh AK-47
14/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AL-FATIHAH…Pelakon veteran yang terkenal dengan watak-wataknya yang memberi kesan kepada emosi penonton, Latiff Borgiba telah meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Flat Danau Kota, Setapak,Kuala Lumpur pada pukul 3.43 petang, Khamis, akibat kesukaran bernafas yang berpunca daripada sakit paru-paru.

Difahamkan, Allahyarham baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-80 minggu lalu.

Pemilik nama sebenar Abdul Latiff T.K Gomu ini dikenali dengan watak jahat serta imej bermisai yang mula popular pada sekitar tahun 80-an.

Selain terlibat dalam drama dan pementasan teater, Latiff juga popular menerusi filem seperti Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku.

Latiff yang dilahirkan di Bangkok, Thailand memperoleh nama ‘Borgiba’ bersempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu tokoh agama dari Afrika.

Nama itu diberikan oleh pengarah filem dan pelakon S. Kadarisman pada hujung 1960-an.

Latiff meninggalkan seorang balu bernama Fatimah Leman, 16 orang anak dan hampir 50 orang cucu.

Mengenai keadaan Latiff sebelum beliau meninggal dunia, Fatimah mengatakan bahawa kesihatan arwah suaminya itu agak kritikal sejak dua hari lalu dan sudah tidak boleh makan.

“Sejak dua hari lepas arwah tak boleh bercakap. Makan pun tak boleh. Dia diberi minuman saja selain terpaksa dipakaikan lampin dalam tempoh itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota, Setapak pukul 10 malam ini.

Salam takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham….-MYNEWSHUB.CC

Tags: artis meninggal dunialatiff borgiba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Spider Meninggal Dunia Di Studio Rakaman

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi. Astro...

Pelakon Veteran Idris Mat Diah Meninggal Dunia

14/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama '7 Hari Mencintaiku 2', meninggal dunia awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd