• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Lakukan Penerbangan Ihsan Pesakit Kronik

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan penerbangan ihsan menghantar seorang kanak-kanak pesakit buah pinggang kronik dari Kampung Tekek, Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini lewat petang semalam.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi) V. Pannir Selvan berkata pesakit berkenaan yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman Wan Muhammad Firdaus Mohd Nazri, 11, diterbangkan untuk mendapatkan rawatan segera setelah menunjukkan tanda-tanda jangkitan buah pinggang yang serius.

“Mengikut maklumat Klinik Kesihatan Tekek, Wan Muhammad Firdaus mengalami sakit kepala, muntah-muntah dan pandangannya kabur serta mengalami tekanan darah tinggi akibat jangkitan pada buah pinggang, sejak semalam.

“Pesakit tersebut telah mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Tekek, namun pegawai perubatan dan kesihatan mengesahkan keadaannya memerlukan rawatan lanjut di hospital dengan kadar segera,” katanya menerusi kenyataan, di sini,hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi kanak-kanak yang ditemani ibunya Nik Radiatul Arabiah Mohd Ghazali, 40, itu diterbangkan helikopter jenis Agusta AW139 Maritim dan selamat mendarat di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, kira-kira 8.45 malam tadi sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.

Penerbangan diketuai juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Komander Ahmad Fauzan Jaafar dan pembantunya, Leftenan Komander Mohd Faizul Mohd Sayuti, kru udara Zaiful Hidzam Khalily dan penyelam penyelamat Mohd Fadzil Noor Shamsuddin.

“Usaha untuk membawa pelajar itu pada peringkat awal menghadapi kesukaran berikutan keadaan hujan di pulau tersebut dengan angin kencang dari arah depan hingga 50km/jam menyebabkan helikopter mengambil masa untuk mendarat di Kuantan,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMpesakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd