• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Anwar Bukan Tahanan Politik, Tapi Pesalah Liwat!’

oleh
14/12/2017
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK pernah ada tahanan politik di Malaysia, itulah ungkapan tegas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang cukup disegani ketika berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu.

Malahan menurut beliau, meskipun Malaysia pernah mengamalkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sebelum dimansuhkan, pihak kerajaan ketika itu langsung tidak pernah pun memenjarakan individu sebagai tahanan politik.

“Di Malaysia tidak pernah ada tahanan politik walaupun semasa ada ISA. Kalau betul-betul ada tahanan politik, mereka yang ditangkap di bawah ISA tidak boleh dilantik menjadi menteri, ketua pembangkang, semua tak boleh.

“Kita walaupun ada ISA, ada juga menteri yang pernah kena tangkap, tapi lepas itu mereka boleh kembali masuk politik dan ada yang pernah menang pilihan raya serta dapat dilantik jadi menteri dan macam-macam lagi.

“Jadi bagi saya di Malaysia ini, kita tidak pernah ada banduan dipenjara kerana kesalahan politik tertentu untuk dianggap sebagai tahanan politik pula,” kata Musa pada sidang media khas, di Petaling Jaya, Khamis.

Mengulas lanjut, Musa menegaskan, ketika perlaksanaan ISA yang asalnya untuk kekang ancaman komunis, mereka yang ditahan di bawah akta itu masih boleh merayu di mahkamah untuk cabar kesahihan hukuman diterima.

Reaksi terbaharu Musa itu susulan kenyataan bersama oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat (AS), Kimberly Motley di ibu negara semalam.

Mereka mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk segera dibebaskan daripada penjara kerana menyifatkan konon hukuman yang dikenakan kepada bekas ketua pembangkang itu adalah bermotifkan politik berbaur antikerajaan.

Umum maklum, bekas ahli UMNO tersebut dipecat secara zalim daripada semua jawatan kerajaan dan parti oleh Mahathir sendiri pada 1998 atas alasan bekas timbalannya itu terlibat amalan terkutuk pada kes liwat yang pertama.

Bahkan Musa yang ketika itu pegawai penyiasat di Bukit Aman turut terlibat dalam kes berprofil tinggi tersebut yang mencetuskan bantahan kuat penyokong Anwar dan mereka menggelarkan Mahathir sebagai diktator Mahafiraun!

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar sebagai bersalah atas kesalahan liwat kedua pula melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 setelah perbicaraan ditangguh puluhan kali.

Keputusan terhadap pesalah berprofil tinggi tersebut malah dilakukan oleh Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Anwar IbrahimMusa Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd