• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Sah Tidak Didakwa – SPRM

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSIH… Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa tidak didakwa berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki mengesahkan bahawa pihak pendakwa raya telah meneliti kertas siasatan isu terbabit sebelum keputusan itu dibuat.

“Setelah diteliti, diputuskan oleh pihak pendakwa raya untuk tidak mendakwa beliau (Annuar). Ini kerana segala keterangan yang diambil serta bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwanya,” kata beliau.

Azam menyatakan demikian ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Selain itu, akhbar tersebut turut melaporkan, bahawa kertas siasatan terhadap kes Annuar sebenarnya telah lama selesai disiasat SPRM beberapa bulan lalu.

Malahan ia telah pun diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk disemak semula sebelum tindakan susulan dapat diambil selepas Annuar digantung tugas termasuk Pelaburan Mara Berhad berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr Awang Adek Hussin semalam turut menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa Annuar akan kembali semula ke agensi tersebut atau mana-mana anak syarikat di bawah Mara.

“Saya secara rasmi tidak mendengar Annuar akan kembali ke Mara. Khabar angin mungkinlah,” katanya. Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dilantik sebagai Pengerusi Mara pada 19 Julai 2003. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Annuar MusaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd