• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ANGKASA Sedia Kendali Sistem Umrah

oleh AK-47
21/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sedia menggalas tanggungjawab mengendalikan sistem pengurusan umrah jika diberi peluang.

Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata beliau yakin dengan kemampuan koperasi untuk mengendalikannya dengan baik memandangkan sektor itu telah lama terlibat dalam pelaksanaan umrah.

“Anggota koperasi sendiri sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang menunaikan umrah setiap tahun.

“Selain itu, ANGKASA juga ada 42 koperasi yang terlibat dalam menguruskan program pelancongan sama ada dalam dan luar negara termasuk umrah sepanjang tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Rancangan Perniagaan Angkasa Zon 3 di Kuala Lipis di sini, hari ini.

Beliau menambah jika peluang itu diberikan kepada ANGKASA, mereka mampu menawarkan harga yang lebih kompetitif kerana matkamat utama adalah memberikan perkhidmatan terbaik, bukan untuk mengejar keuntungan.

Selain itu, beliau melihat hubungan baik sektor koperasi di sini dengan koperasi induk di Arab Saudi memberikan nilai tambah kepada koperasi untuk melaksanakan program umrah. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Miliki Beg Mewah Tiruan, 3 Warga Bangladesh Dijel

Next Post

TNB Belanja RM160,000 Program ‘Back To School’

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Majlis Media Malaysia Dijangka Dilancar Sempena HAWANA 2025

Majlis Media Malaysia Dijangka Dilancar Sempena HAWANA 2025

27/05/2025
0

Putrajaya: Usaha ke arah pembentukan secara rasmi Majlis Media Malaysia (MMM) sedang digerakkan dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang sambutan...

Next Post

TNB Belanja RM160,000 Program 'Back To School'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd