• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ampang Park: Warga, Pengunjung Imbau Kenangan

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ampang Park, yang mula beroperasi pada 1973, diketahui umum bahawa ia bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Stesen MRT Ampang Park.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati pusat beli-belah itu masih dikunjungi orang ramai yang mahu melihatnya buat kali terakhir selain mengambil peluang atas promosi harga runtuh pelbagai barangan sebelum premis itu dikosongkan.

Pengunjung Noor Hisham Che Din, 53, tidak melepaskan peluang membawa seisi keluarga mengimbau semula kenangan zaman kanak-kanaknya sebelum pusat beli-belah itu ‘dilenyapkan’.

“Dulu ada taman tema di sini seperti di Berjaya Times Square sekarang. Dulu saya selalu meluangkan masa bermain dengan kawan-kawan di sini.

“Sebelum ia dirobohkan saya mahu tunjukkan kepada anak-anak saya tempat yang telah mencipta 1,001 kenangan ini,” katanya.

Sementara itu, lain pula kisahnya dengan seorang penyelia keselamatan yang sudah bekerja lebih 30 tahun di pusat beli-belah tertua negara itu apabila bertemu pasangan hidup yang juga bekerja di Ampang Park sekitar 1992.

Menceritakan semula nostalgia itu kepada Bernama, Ahmad Suparia Seedovardi, 57, tidak pernah menyangka pusat beli-belah yang menjadi tempat beliau mencari rezeki akhirnya membuahkan ‘rezeki lain’ yang sekali gus merubah masa depannya.

“Bekerja mengikut syif dan tidak tentu masa membuatkan pergaulan sedikit terhad tapi ternyata perancangan Allah cukup sempurna,” katanya yang bakal menamatkan tugas Ahad ini (31 Dis) susulan bangunan itu bakal ditutup mulai 1 Jan 2018.

Ahmad Suparia, yang berasal dari Perak, turut meluahkan rasa hiba kerana sudah menggangap Ampang Park seperti rumah keduanya malah pernah merancang untuk terus berkhidmat di situ sehingga bersara.

Mohamad Sharil, 38, yang juga seorang peniaga pula menyifatkan penutupan Ampang Park sebagai peristiwa pahit buat dirinya yang membesar seiring dengan syarikat pengurup wang warisan keluarga yang seusia dirinya.

“Rasa sedih dan kalau ikutkan memang tak mahu keluar dari sini sampai bila-bila. Peniaga dan pelanggan tetap sudah dianggap seperti satu keluarga besar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ampang Park
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Alunan Muzik Kini Hanya Kenangan Di Ampang Park

01/01/2018
0

KUALA LUMPUR – Alunan muzik yang merdu kini hanya menjadi kenangan bagi Love Music Center (M) Sdn. Bhd. yang memutuskan...

Selamat Tinggal Ampang Park Selepas Lebih 4 Dekad

02/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Setelah 44 tahun beroperasi, kompleks beli-belah Ampang Park akan menutup tirainya hari ini dan detik-detik akhir itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd