• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alibaba Beri Latihan E-Dagang Kepada PKS Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat e-dagang utama dunia, Alibaba, telah menjalankan program latihan e-dagang perniagaan kepada perniagaan (B2B) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Pengarah Projek B2B Malaysia, Platform Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP), Terry Jiang berkata program itu yang dijalankan di sembilan bandar utama di seluruh negara sejak dua minggu lepas dan berakhir hari ini, menarik 330 PKS.

“Kami berhasrat melengkapkan dan memperkasakan PKS Malaysia dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk berjaya dalam perdagangan global,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi telefon.

Program dua minggu yang dikendalikan oleh 10 pakar e-dagang dari Alibaba.com, disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Ia menyediakan pembinaan keupayaan untuk PKS dalam e-dagang, bermula dengan kaedah berkesan untuk memasarkan barangan mereka pada platform dalam talian, pengurusan logistik dan sistem pembayaran serta cara bagi mengenal pasti pilihan pengguna.

“Memandangkan kami kini mempunyai kira-kira 2,000 PKS di Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), mereka perlu mengetahui semua peralatan dan pengetahuan supaya mereka boleh memanfaatkan pasaran global dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata program latihan berterusan akan dijalankan selain pendekatan bersemuka, menerusi pembentangan video yang boleh didapati di platform dalam taliannya tidak lama lagi.

Program latihan, kerjasama terkini selari dengan eWTP itu akan memudahkan PKS berdagangan antara China dan Malaysia serta dunia menggunakan platform DFTZ.

DFTZ, kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Alibaba, mula beroperasi pada 3 Nov lepas. Ia menyasarkan menjadi hab logistik utama di Asia menjelang 2020.

Hab eWTP Malaysia dilancarkan pada Mac lepas bagi menawarkan PKS Malaysia dengan infrastruktur untuk melaksanakan perdagangan dengan perkhidmatan yang merangkumi e-dagang, logistik, pengkomputeran awan, pembayaran mudah alih dan latihan bakat.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng, berkata program itu akan meningkatkan penggunaan e-dagang di negara ini dan meningkatkan daya saing PKS dalam pasaran global menerusi kaedah digital.

“E-perniagaan dan perdagangan jelas merupakan kaedah menjalankan perdagangan global pada masa depan. Kami gembira dapat melancarkan program latihan untuk PKS tempatan bersama Alibaba,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros pula berkata e-dagang merupakan cara ke hadapan dalam perdagangan antarabangsa.

“PKS kini boleh memasuki pasaran global dengan kos yang mereka mampu dalam tempoh masa yang lebih cepat berbanding perdagangan secara konvensional, sekali gus menjadikan mereka menjadi usahawan global,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, Malaysia mempunyai 907,065 PKS, yang mewakili 98.5 peratus daripada perniagaan di negara ini. – BERNAMA

Tags: AlibabaPKS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKS Diberi Tumpuan Dalam Bajet 2023 – PM

PKS Diberi Tumpuan Dalam Bajet 2023 – PM

22/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi tumpuan dalam pembentangan semula Bajet 2023 bulan depan. Ikuti Mynewshub: Telegram Perdana...

TRRF: Kerajaan Salur RM7.150 Bilion Kepada PKS Setakat 6 Julai

TRRF: Kerajaan Salur RM7.150 Bilion Kepada PKS Setakat 6 Julai

02/09/2022
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM7.150 bilion kepada sebanyak 26,119 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd