• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktor Veteran Bollywood, Shashi Kapoor Meninggal

oleh
05/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUMBAI – Pelakon ikon veteran terkenal Bollywood, Shashi Kapoor, yang pernah muncul dalam 116 judul filem, menghembuskan nafas terakhirnya dalam usia 79 tahun di sini pada Isnin.

“Mendiang disahkan meninggal dunia pukul 5.20 petang pada 4 Disember di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani selepas sehari dimasukkan,” dedah Dr. Ram Narain, pengarah eksekutif hospital berkenaan di Versova di sini.

Dalam petikan laporan portal Indian Express, legenda filem Hindi itu yang pernah menjadi produser dan sutradara; dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan pada Ahad malam, bagi menjalani rawatan jangkitan paru-paru.

Aktor tersebut pernah bertarung dengan keadaan serupa pada tahun 2014, selepas menjalani pembedahan pintas. Shashi Kapoor meninggalkan anak perempuan, Sanjana Kapoor serta dua anak lelakinya iaitu Kunal dan Karan.

Merupakan anak Prithviraj Kapoor dan Ramsarni Kapoor serta adik lelaki bongsu kepada Raj Kapoor dan Shammi Kapoor, menurut media tempatan, mendiang pertama kali berlakon dalam filem Dharmputra pada tahun 1961 lalu.

Dilahirkan dengan nama Balbir Prithviraj Kapoor di Calcutta (kini Kolkata) di wilayah Bengal pada 18 Mac 1938, beliau pernah menjadi bintang filem ‘pecah panggung’ iaitu Deewaar, Kabhi Kabhie, Aa Gale Lag Jaa dan Trishul.

Mendiang berkahwin dengan aktres British, Jennifer Kendal pada 1958 lalu setelah dua tahun mereka berkenalan sehingga isterinya itu meninggal dunia di London pada 1984 akibat kanser. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bollywoodShashi Kapoor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rosak Hubungan Dengan Allah, Zaira Wasim Umum Bersara

02/07/2019
0

BINTANG remaja Bollywood, Zaira Wasim mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan dengan alasan kerjayanya menganggu kehidupan sebagai umat Islam. Zaira, 18,...

Amitabh Langsai Hutang 1,398 Petani 40 Juta Rupee

23/11/2018
0

PEMURAH... Pelakon legenda terkemuka Bollywood, Amitabh Bachchan, sanggup melangsaikan hutang para peladang tempatan bernilai lebih 40 juta rupee (kira-kira RM2.4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd