• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agensi Kerajaan, Swasta, Masyarakat Perlu Terus Sokong

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang meminta semua agensi kerajaan, swasta dan masyarakat setempat di negeri ini terus memberi kerjasama dan sokongan tinggi kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dalam usaha menjaga kedaulatan negara.

Beliau berkata perkara itu penting kerana tugas menjaga keselamatan dan kedaulatan negara seharusnya tidak dipandang sebagai tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan sahaja.

“Ini kerana konsep Hanruh (pertahanan menyeluruh) melibatkan semua pihak untuk mempertahankan keharmonian negara. Oleh itu ESSCom sangat mengharapkan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya masyarakat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dalam menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Masyarakat perlu melaporkan kepada pasukan keselamatan mengenai apa-apa kejadian yang mencurigakan di kawasan masing-masing. Selain itu masyarakat khususnya di ESSZone juga perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan untuk memudahkan pasukan menjalankan tugas dengan lebih berkesan,” katanya ketika berucap pada Majlis Semarak Rakyat Kudat Bersama ESSCom di sini, hari ini.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Teo berkata program semarak itu menunjukkan kesungguhan ESSCom dalam membantu masyarakat setempat, selain menyampaikan maklumat mengenai agensi itu kepada masyarakat.

“Kita berharap ESSCom terus berjaya dalam usaha mengawal dan mempertahankan kedaulatan negara khususnya di Sabah.

ESSCom merupakan ejen penguatkuasaan keselamatan bagi ESSZone yang merangkumi 10 daerah dan diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah ekoran insiden pencerobohan sekumpulan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

ESSZone meliputi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd