• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aerotrain KLIA: Satu Tren Kini Beroperasi

oleh Ahmad Albab
25/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menyambung operasinya pada 11.22 pagi tadi menggunakan satu daripada trennya, kata operator Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Kami juga menyediakan 17 buah bas dan tiga van bagi mengangkut penumpang di antara terminal utama dan bangunan satelit bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini.

MAHB berkata pasukan kejuruteraan mereka masih mengusahakan kerja-kerja penyenggaraan pada satu lagi tren.

Terdahulu, MAHB melaporkan perkhidmatan aerotrainnya tergendala hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan luar jadual susulan pengendalian penumpang dalam kapasiti tinggi.

Dalam pada itu, syarikat tersebut menasihati penumpang agar datang lebih awal memandangkan lapangan terbang berkenaan dijangka mengendalikan lebih 90,000 penumpang setiap hari pada musim cuti puncak ini.

“Kami hargai kesabaran anda dan kami mengucapkan selamat bercuti,” kata MAHB. – BERNAMA

Tags: Aerotrain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aerotrain KLIA Rosak Lagi, Kena Jalan Di Trek

06/09/2017
0

SEPANG - Faktor usia terlalu tua dipersalahkan sehingga menyebabkan kerosakan terkini operasi rutin aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd