KUALA LUMPUR – Aeon Credit Service (M) Bhd diberi notis taksiran (cukai) tambahan beserta penalti oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bernilai RM96.81 juta bagi tahun taksiran 2010 sehingga 2016.
Susulan itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Aeon Credit berkata pihaknya telah melantik peguam percukaian dan memulakan prosiding untuk mencabar kesahihan notis berkenaan.
Syarikat itu turut mendapatkan nasihat profesional daripada firma cukai dan audit bebas serta terkemuka mengenai aspek perakaunan dan kendalian cukainya. – BERNAMA
