• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Adatlah Iman Itu Naik Dan Turun” – Safiey Ilias

oleh
27/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini nama usahawan kosmetik, Safiey Ilias menjadi bualan hangat orang ramai apabila dia dilihat kembali berpenampilan seperti wanita.

Apa yang lebih mengejutkan, Safiey juga didakwa mahu menjalani pembedahan membesarkan payudara di Thailand berdasarkan salah satu posting Instagram miliknya, pada Jumaat lepas.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan rata-rata netizen menyelar tindakan usahawan berkenaan kerana ianya dianggap seolah-olah mempersendakan agama.

BACA : Safiey Illias Kini Kembali Jadi ‘Mak Nyah’?

Namun, Safiey dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertindak membalas kritikan itu menerusi satu kenyataan di ruangan komen Instagram miliknya.

“Bukan padal mempersenda agama atau penunggang agama, adatlah iman naik dan turun. Daripada cakap yang buruk-buruk, baik cakap yang baik-baik dan doa yang baik-baik.

“Sebab itulah saya cakap masa saya jadi maknyah dulu, mana ada orang nak dekat untuk berubah dan berhijrah…Semua bash.

“Bila kita hijrah, ramai pula kata ‘rakan’. Baru nak tumpang nama dan glamour. Kata saya sebab mereka berhijrah.

“Kadang-kadang jangan suka label orang macam-macam sebab kita tidak faham apa yang mereka lalui. Bila kita rasa diri kita lebih baik daripada orang, itulah sebenarnya kecelakaan besar dan bongkak dalam diri.

“Sebab iblis sendiri tidak mahu tunduk depan Nabi Adam sebab rasa diri lebih bagus. So, elakkan sesekali rasa diri kita lebih baik dan bagus daripada orang,” tulis Safiey.

Tidak hanya berhenti di situ, pemilik nama sebenar Saifuddin Illias. turut sempat meninggalkan komen seakan-akan berbaur sindiran kepada para pengikutnya di laman berkenaan.

“Masa ini kita jumpa siapa kawan, siapa lawan. Siapa mengampu, siapa penjilat. Paling sedih yang kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun cakap macam-macam dekat kita. Tapi tak apalah tu bukan dosa kot. Huhu,” sindir Safiey.

Bagaimanapun gara-gara ‘kelancangan’ kata-katanya itu, Safiey sekali lagi menerima kecaman hebat daripada netizen.

Di mana, rata-rata antara mereka tampil menasihati usahawan berkenaan supaya kembali ke pangkal jalan dan tetapkan hati untuk berubah ke arah sesuatu yang lebih baik.

Terdahulu, Safiey pernah menjadi perhatian ramai apabila membuat keputusan untuk berubah daripada seorang ‘mak nyah’ kepada lelaki sejati.

Ia termasuklah membuang segala sifat keperempuanannya baik daripada segi zahir mahupun batin seperti melakukan pembedahan bagi membuang implan payudara selepas empat tahun ‘bangga’ mempunyai aset persis wanita tulen itu.

Perubahan ‘perempuan jadian’ itu dilihat telah mendapat liputan yang sangat meluas sehinggakan Safiey dijemput menjadi tetamu dalam pelbagai program televisyen,  termasuk saluran televisyen Islam, TV AlHijrah. 

Hmmm…Berubah itu memang bukan mudah. Lebih-lebih lagi berubah sikap dan perangai. Tapi untuk kes ini, Safiey sepatutnya memperkuatkan hati dan iman, Insha-Allah perubahan itu pasti berhasil.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Safiey Iliassafiey iliyassafiey illias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

16/08/2023
0

Ampang : Usahawan kosmetik, Safiey Ilias dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan seksual terhadap...

Syarikat Safiey Ilias Didenda RM23,000

21/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Syarikat milik usahawan kosmetik, Safiey Ilias hari ini ini didenda RM23,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd