• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

740 Rumah PPR Bakal Dibina Di Kota Kuala Muda

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Sebanyak 740 unit rumah teres di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di Kota Kuala Muda bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Datuk Badrol Hisham Hashim berkata rumah berkenaan akan dibina di kawasan seluas kira-kira 27 hektar berhampiran Taman Permatang Katong dekat sini.

“Kerajaan Negeri di bawah UPEN (Unit Perancangan Ekonomi Negeri) telah bermesyuarat mengenai cadangan ini dan memberi sokongan penuh.

“Lokasi yang dicadangkan strategik kerana permintaan rumah PPR di sini semakin meningkat. Tapak yang dicadangkan pula adalah tanah milik Kerajaan Negeri, justeru itu, urusan pembinaan akan lebih lancar,” katanya selepas menghadiri majlis Kesyukuran Tsunami & Ceramah Maulidur Rasul di perkarangan Surau Al Abrar, Taman Permatang Katong, Mukim Kuala/Haji Kudong, Kota Kuala Muda dekat sini, hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Muda Nordin Yahya, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah Norizan Khazali dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka Datuk Ali Yahya.

Badrol Hisham berkata projek kerajaan Pusat itu dijangka dilaksanakan tahun hadapan.

Kos pembinaan kesemua rumah teres setingkat berkeluasan 850 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air dijangka menelan kos lebih RM100 juta dan kemudahan lain seperti surau, tabika dan taman permainan juga akan disediakan di situ.

“Kos pembinaan bagi satu unit rumah ialah RM150,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Selepas pembinaannya bermula, mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah layak memohon,” katanya. – BERNAMA

Tags: PPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elak Ke Tempat Awam Jika Dijangkiti Campak

Next Post

K’jaan Persekutuan Prihatin Penduduk Pedalaman Kelantan

Related Posts

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

KWP Cadang Bina Parkir Bertingkat Di PPR Seri Anggerik

19/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang...

Next Post

K'jaan Persekutuan Prihatin Penduduk Pedalaman Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd