• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

74 Agensi Kerajaan Di Melaka Tandatangani IBR

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kesemua 74 agensi kerajaan negeri dan persekutuan di negeri ini komited memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menghindari amalan rasuah serta salah guna kuasa.

Pengarah SPRM Melaka Abu Talib Othman berkata Melaka merupakan antara negeri terawal yang menyahut seruan SPRM untuk melafaz dan menandatangani IBR, diketuai Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron bersama-sama barisan exco kerajaan negeri pada 8 Mac lepas.

“Tahniah negeri Melaka kerana kesemua 27 agensi kerajaan persekutuan dan 47 agensi kerajaan negeri selesai 100 peratus melafaz dan menandatangani IBR.

“Selain itu, pelbagai pendekatan telah dibuat oleh SPRM termasuk dari segi penguatkuasaan undang-undang secara punitif (menghukum) atau program pencegahan dalam usaha memastikan negara bebas daripada ancaman rasuah yang boleh menjejaskan imej,” katanya.

Beliau berucap demikian pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri anjuran SPRM Melaka yang berlangsung di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh. Turut hadir Idris dan barisan exco serta kira-kira 500 penjawat awam seluruh negeri.

Mengulas lanjut, Abu Talib berkata pihaknya sentiasa proaktif menjalin kerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan di negeri ini dalam melaksanakan pelbagai program kesedaran dan kempen anti rasuah.

“Pintu pejabat SPRM Melaka sentiasa terbuka kepada semua sekiranya ada sebarang isu ataupun masalah yang perlu dirujuk berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Kita juga turun padang dalam usaha memperkasakan aktiviti mesra rakyat bagi mengubah taraf hidup mereka yang bocor angkara perasuah apabila pemberian kerajaan tidak sampai kepada mereka yang berhak menerimanya,” katanya.

Beliau berkata hingga kini, suruhanjaya itu telah melakukan 26 tangkapan di seluruh negeri pada tahun ini, yang mana sembilan daripadanya merupakan penjawat awam. – BERNAMA

Tags: IBRSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd