• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

65 Tahun Tumbuh Besar Dalam Badan

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Derita seorang lelaki sepanjang hidupnya selama 65 tahun akhirnya tamat selepas doktor mengeluarkan ketumbuhan seberat tiga kilogram (kg) yang ‘tumbuh perlahan-lahan’ di dalam badannya sejak dilahirkan.

Hemendra Gupta Arya, dari Aligarh, Uttar Pradesh, mengalami kesukaran bernafas dan sakit dada sepanjang hayatnya, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyangka ia akibat masalah jantung.

Bagaimanapun, keadaannya semakin buruk kerana mengalami kesukaran bernafas lebih teruk sebelum doktor membuat pemeriksaan lanjut dan menemui tumor berkenaan – dikenali sebagai hamartoma – di antara jantung serta paru-paru kirinya.

Hamartoma itu dikeluarkan dalam pembedahan selama tiga jam di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru di Universiti Muslim Aligarh.

Hamartoma tumbuh apabila tisu hilang ketika bayi membentuk dalam rahim yang menjadi tumor dan membesar.

Pakar bedah Dr Mohammad Haneef Beg berkata: “Dia hidup dengan ketumbuhan itu sepanjang hayatnya, malah ketika ditemui ia meliputi keseluruhan dada kirinya dan sudah seberat 3kg.

“Dia datang kepada kami kerana tidak tahan apabila turut mengalami kesukaran berjalan akibat kesakitan. Doktor sebelum ini gagal mengenal pasti punca masalahnya, malah selama bertahun-tahun dia diberi ubat jantung kerana itu disangka punca sakitnya.” – Daily Mail/myMetro Online

Tags: ketumbuhanpembedahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

13/03/2023
0

SINGAPURA - Selebriti Malaysia, Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam Ahad selamat menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd