Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Agong Rasmi Pembukaan Penggal...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan pembukaan...

SPRM Ambil Keterangan Bekas...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan bekas timbalan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota...

Omar Mateen Sentap Jiwa...

ORLANDO - Suspek pembunuhan 50 orang pengunjung sebuah kelab gay di Orlando, Amerika...

Bantuan Zakat RM2.5 Juta Dana Kebajikan Pesakit

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM2.5 juta kepada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPM) di 17 hospital sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Basith Hamid berkata sumbangan itu adalah serahan fasa kedua selepas serahan fasa pertama pada Ramadan lepas membabitkan sumbangan sebanyak RM1.77 juta kepada tabung berkenaan.

“Sumbangan ini bertujuan meringankan bebanan pesakit yang kurang berkemampuan dan memerlukan pembiayaan bagi menjalani rawatan di hospital-hospital berkenaan.

“Pada tahun ini, sumbangan wang zakat kepada TKPM berjumlah kira-kira RM4.27 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut kepada TKPM hospital-hospital itu oleh Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Murniati Hassan.

Antara hospital menerima sumbangan itu ialah Hospital Kuala Lumpur sebanyak RM400,000, Institut Jantung Negara RM300,000 dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia RM250,000.


Abdul Basith berkata sumbangan itu mula diagihkan sejak 2008 dan pihaknya yakin dapat meneruskan amalan itu setiap tahun berikutan pengeluar zakat terus mempercayai dan mengamanahkan zakat mereka kepada LZS.

“Harapan kita dengan adanya tabung ini, rakyat yang ditimpa musibah dapat disantuni dengan segera dan dikeluarkan daripada segala kesusahan dengan cepat,” katanya.

Menurutnya mereka yang memerlukan bantuan kewangan boleh merujuk kepada hospital berkenaan dan permohonan itu akan diproses dalam tempoh tujuh hari. – BERNAMA

Kategori