• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Empat penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di daerah ini dalam tempoh kira-kira 10 jam dari 9.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Saifi Abdul Hamid berkata dalam kejadian pertama yang berlaku di Jalan Lencongan Timur berhampiran Bukit Bintang pada 9.45 malam tadi, dua penunggang maut selepas motosikal masing-masing terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mitsubishi ASX.

“Kesemua kenderaan dari arah Bukit Banyan menuju Bandar Sri Astana, berada di lorong kiri, sebelum MPV terbabit melanggar belakang Modenas Kriss menyebabkan motosikal itu hilang kawalan dan melanggar motosikal Yamaha di hadapannya.

“Penunggang Modenas Kriss, warga Vietnam yang belum dikenal pasti identitinya terpelanting ke dalam longkang manakala pekerja kilang yang menunggang Yamaha, Mohammad Ridzuan Zambri, 18, diseret MPV tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifi berkata kedua-dua lelaki itu maut di tempat kejadian, bagaimanapun pemandu MPV berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kemalangan kedua berlaku di Jalan Lencongan Timur berhampiran Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 4.10 pagi tadi melibatkan motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha 125Z.

“Penunggang Yamaha, Muhammad Zamir Eizlan Mohd Joned, 19, yang cedera di kepala, maut di tempat kejadian manakala penunggang Honda, Najmi Nazri, 18, cedera pada bahagian belakang badan,” katanya.

Saifi berkata kejadian ketiga pula, penunggang motosikal Mohd Sahrolnizam Romle, 21, yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut di tempat kejadian setelah motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di Jalan Bukit Kuang di Gurun dekat sini pada 8.05 pagi ini.

Katanya mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama. – BERNAMA

Tags: kemalanganPenunggang Motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penumpang Wanita Maut, Dua Kereta Bertembung Di Batu 14 Jalan Labis–Yong Peng

Penumpang Wanita Maut, Dua Kereta Bertembung Di Batu 14 Jalan Labis–Yong Peng

10/01/2026
0

BATU PAHAT – Seorang wanita warga tempatan maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta di Batu...

Ramai Terlupa Kesan Kejadian Ini Ke Atas Keluarga Pemilik Kereta…

Ramai Terlupa Kesan Kejadian Ini Ke Atas Keluarga Pemilik Kereta…

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas kereta milik mereka mengalami kerosakan teruk akibat dirempuh sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd