• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Peserta Larian Di Klang Cedera Dirempuh Kereta

oleh Ahmad Albab
10/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang parah manakala dua lagi peserta larian Maraton Antarabangsa Bandar Klang cedera selepas dilanggar sebuah kereta Proton Iswara dari belakang di Batu 2, Jalan Kapar, Klang, awal hari ini.

Mangsa dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 4.30 pagi tadi dikenal pasti sebagai Evelyn Ang Gek Suan , 44, Amiruddin Hamid, 37 dan Ahmad Hadafi Jus, 42.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata peserta sebelum itu memulakan larian mereka dari Stadium Pandamaran, Klang dan melalui beberapa tempat di kawasan Klang Utara.

Ang parah di bahagian kepala dan rahang, Amiruddin cedera di kepala dan Ahmad Hadafi mengalami kecederaan di kaki, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp.

Mazelan berkata siasatan awal pihaknya mendapati pemandu tidak berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian dan ujian air kencing turut mendapati negatif bagi dadah

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. – BERNAMA

Tags: kemalanganMaraton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd