• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Penjenayah Geng Samun Maut Ditembak

oleh Ahmad Albab
30/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU CAVES – Tiga penjenayah yang disyaki aktif melakukan samun ke atas pelanggan bank di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan maut ditembak polis selepas berbalas tembakan di Jalan Sg. Tua, Hulu Yam Bharu, Batu Caves dekat sini, hari ini.

Kesemua suspek berusia linkungan 30 hingga 40-an berkenaan yang menaiki kereta Suzuki Swift berwarna putih pada mulanya dikesan polis di Bandar Baru Selayang kira-kira pukul 6 petang, sebelum mereka memecut untuk melarikan diri tetapi berjaya dipintas polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian berkata penjenayah bagaimanapun enggan menyerah diri apabila diminta berbuat demikian, sebaliknya bertindak melepaskan satu das tembakan.

“Anggota kita terpaksa membalas tembakan yang mengenai kesemua suspek dan kesemua mereka maut di lokasi kejadian,” katanya.

Fadzil berkata pemeriksaan ke atas kereta suspek membawa kepada penemuan sepucuk pistol, empat peluru, dua bilah parang serta barangan peribadi mereka.

“Identiti suspek sama ada warga tempatan atau warga asing sedang dikenal pasti,” katanya menambah bahawa mayat mereka telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Dalam perkembangan sama, Fadzil berkata sebanyak 86 kes samun pelanggan bank dengan anggaran kerugian RM8 juta direkodkan di Selangor sepanjang tahun ini.

“Polis memandang serius kegiatan samun terhadap mangsa yang baru keluar dari bank dan meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati,” katanya. – astroawani.com

Tags: penjenayahpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hujan Lebat, Angin Kencang Di Pantai Timur, Johor

Next Post

5 Lelaki Terlibat Kes Samun Kedai Serbaneka Ditahan

Related Posts

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

05/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan seorang wanita bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes jemaah haji terkandas di Lapangan...

Next Post

5 Lelaki Terlibat Kes Samun Kedai Serbaneka Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd