• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beradik Rayu Bantuan Teruskan Persekolahan

oleh AK-47
26/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Bagaikan jatuh di timpa tangga, tiga beradik yang kematian ayah pada tahun lepas kini kehilangan punca untuk meneruskan persekolahan berikutan masalah kewangan, lebih-lebih lagi ibu mereka turut ditimpa sakit kronik baru-baru ini.

Pasangan kembar, Amirul Hasani Mohd Rafie dan Amirul Husaini, 15, serta adik mereka, Amirul Hasmawi, 14, bagaikan hilang arah apabila mereka kehilangan tempat bergantung dan hanya berharap pada bantuan bulanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) arwah bapa mereka, Mohd Rafie Abdul Aziz berjumlah RM500 sebulan.

Amirul Husaini yang tinggal di sebuah rumah anak yatim di Kupang, Baling berkata, adiknya, Amirul Hasmawi, sepatutnya mendaftar sesi persekolahannya esok namun kekangan kewangan menyebabkan keluarga itu mungkin tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan.

“Sejak ayah saya meninggal akibat sakit buat pinggang hidup kami susah…kembar saya Amirul Hasani, turut tidak dapat menyambung persekolahan kerana masalah yang sama,” katanya ketika ditemui Bernama di Desa Aman di sini hari ini.

Ibu mereka, Fadilahwati Tazuddin, 39, pula tidak boleh berjalan selepas tulang sendi pahanya rosak selain mengalami penyakit batu karang.

“Sebelum ini saya hanya berniaga kuih namun sejak sakit terpaksalah kami sekeluarga bergantung harap pada duit Perkeso suami…dengan duit itulah saya buat belanja harian, serta mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Adik Fadilahwati, Mohd Saiful Tazuddin, 23, yang menetap bersama mereka dan membantu menguruskan dirinya sekarang pernah meminta bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim namun masih tiada maklum balas.

“Saya harap sangat bantuan itu untuk selesai hal persekolahan anak-anak terutama yang kembar sebab mereka nak ambil peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) tahun hadapan,” katanya.

Beliau turut berharap agar mendapat sumbangan pihak tertentu bagi pembedahan memasukkan besi di kakinya yang dianggarkan berjumlah RM11,000. – BERNAMA

Tags: Bantuan Persekolahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

30/07/2022
0

MELAKA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100,000 untuk diagihkan kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah di...

Bantuan Sekolah Tak Kunjung Tiba, Terpaksa ‘Shopping’ Saat Akhir

07/01/2019
0

BERATUS-RATUS murid sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang sepatutnya menerima bantuan baju dan kasut sekolah percuma dari Yayasan Wilayah Persekutuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd