• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Termasuk Wanita Indonesia Ditahan Bantu Kes Bunuh

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kejadian mayat seorang lelaki ditemukan dalam longkang di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Jelawat 2, Seberang Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita berusia 40-an dan lelaki berumur 36 tahun itu ditahan secara berasingan di Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

“Mereka ditahan tengah malam tadi dan awal pagi ini, polis percaya penahanan dua individu itu akan membantu menyelesaikan kes bunuh berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata wanita Indonesia itu merupakan pekerja kepada seorang lagi lelaki berusia 33 tahun yang ditahan semalam manakala lelaki 36 tahun yang ditahan itu merupakan rakan kepada mangsa.

Nik Ros Azhan berkata berdasarkan siasatan, suspek pertama yang ditahan semalam itu mengaku telah menikam mangsa dengan pisau yang dibawanya ketika sedang bergelut dengan lelaki berkenaan serta rakannya semasa kejadian.

Beliau berkata laporan bedah siasat mendapati mangsa mati disebabkan tikaman dengan benda tajam di dadanya dan ketiga-tiga individu yang ditahan itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Mayat lelaki dikenali sebagai S. Prince Jevadurai, 30, itu ditemukan dalam longkang oleh orang awam dengan beberapa kesan kecederaan di kepala, dada dan tangan pada pukul 6.35 petang.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan selepas dia membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. – BERNAMA

Tags: ditahankes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd