• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Remaja Maut Tunggang Motosikal Lawan Arus

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Dua remaja lelaki maut dirempuh sebuah kereta ketika menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis berhampiran jambatan Utan Aji dekat sini, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Danial Syukur Yusri, 13, dan Muhammad Alif Asyraf Sebdil, 16, maut di tempat kejadian selepas dipercayai tercampak ke atas jalan, manakala kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki terbabas ke dalam parit.

Difahamkan sebelum kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran kawasan berkenaan.

Kedua-dua jenazah mangsa serta pemandu dan penumpang kereta yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perlis DSP Rusli Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Dalam perkembangan lain beliau berkata 37 motosikal disita dan 200 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi khas sempena musim cuti sekolah melibatkan 170 penunggang di Jalan Pesisir Pantai, Kuala Perlis dekat sini malam tadi.

Rusli berkata dalam operasi yang bermula 6.30 petang hingga 12 tengah malam itu, mereka yang ditahan berumur 14 hingga 21 tahun dan kebanyakannya merupakan pelajar sekolah.

Dua penunggang berumur 18 dan 21 tahun ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan melulu di jalan raya, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd