• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar Cuba Jual Mesin Kimpalan Di FB Ditahan

oleh Ahmad Albab
21/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Polis menahan dua pelajar sebuah institut latihan perindustrian di sini, yang disyaki mencuri dua mesin kimpalan di institut berkenaan dan cuba menjualnya menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata pelajar berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan berasingan pada Isnin dan Selasa lepas, di kawasan Bandar Indah Batu 4 dan Batu 10.

Beliau berkata sebelum itu, polis menerima laporan kehilangan dua mesin pengimpal di stor bengkel kimpalan institut tersebut.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan dua pelajar berkenaan yang menjalani latihan praktikal di institut latihan perindustrian itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain dua mesin pengimpal itu, beliau berkata turut dirampas dua telefon bimbit pelajar berkenaan yang digunakan untuk urusan jual beli mesin kimpalan tersebut.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dalam pada itu, Mohd Azhar berkata sejak awal hingga pertengahan bulan ini, polis berjaya menyelesaikan 15 kes jenayah curi harta benda dan pecah rumah dengan tertangkapnya 10 suspek termasuk kes membabitkan dua pelajar ILP Sandakan itu.

Katanya ia melibatkan lima tangkapan berasingan dengan tangkapan membabitkan lapan rakyat tempatan dan dua warga asing berusia antara 16 dan 40 tahun.

Beliau berkata empat suspek yang ditahan didapati positif dadah, manakala tiga suspek mempunyai rekod jenayah.

Polis turut merampas 40 barangan curi dan tiga kereta yang digunakan untuk kegiatan jenayah, katanya. – BERNAMA

Tags: curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd