• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16,600 Pelajar Sekolah W.P Dapat Bantuan

oleh Ahmad Albab
02/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 16,600 pelajar sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menerima bantuan awal persekolahan 2018 di bawah program Ceria Ke Sekolah anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bantuan berupa baucar pakaian benilai RM100 serta barangan keperluan sekolah seperti alat tulis dan beg sekolah itu melibatkan perbelanjaan berjumlah lebih RM2.5 juta.

Tengku Adnan, yang juga Pengerusi YWP, berkata pemberian sumbangan tahunan itu adalah sebagai sokongan moral kepada ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak di samping memberi semangat dan keceriaan kepada pelajar untuk ke sekolah.

“Baucar tersebut adalah untuk membeli pakaian dan kasut sekolah di dua kedai yang telah dikenal pasti iaitu Pusat Pakaian Hari-Hari dan kedai Canggih,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada 1,150 pelajar sekolah di bawah program Ceria Ke Sekolah, di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan program berkhatan beramai-ramai secara percuma melibatkan 400 kanak-kanak komuniti Putrajaya berusia empat hingga 12 tahun.

​​​Selain itu, Tengku Adnan berkata Biro Pendidikan UMNO akan turut menyampaikan sumbangan kepada 3,600 murid di Putrajaya yang akan memasuki darjah satu pada tahun depan.

“Kita akan beri beg sekolah yang berisi buku yang diperlukan dengan kerjasama pejabat pendidikan daerah dan pihak sekolah,” katanya.

Tambahnya program yang sama akan diadakan di Kuala Lumpur dan Labuan bagi meringankan beban ibu bapa selain memberi rangsangan kepada murid yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan. – BERNAMA

Tags: Bantuan PersekolahanWilayah Persekutuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

30/07/2022
0

MELAKA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100,000 untuk diagihkan kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah di...

Teliti Kenakan Larangan ‘Transgender’ Memasuki Masjid

24/09/2021
0

KEMAMAN - Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan daripada memasuki masjid terhadap golongan 'mukhannath' atau 'transgender' di Wilayah Persekutuan, sebagaimana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd