• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Cedera Kemalangan Babitkan Bas Dan 2 Lori

oleh Ahmad Albab
06/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Empat belas orang termasuk 12 penumpang sebuah bas ekspres dua tingkat cedera dalam kemalangan di KM294.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara sebelum Pusat Transformasi Bandar Gopeng pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, S.Ganeson berkata kemalangan kira-kira 5.30 pagi itu melibatkan bas ekpres berkenaan dengan sebuah lori kontena dan lori membawa muatan kertas.

Beliau ketika dihubungi di sini, hari ini berkata pihaknya difahamkan bas ekspres berkenaan yang membawa 12 penumpang sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Ipoh.

“Kami menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 5.41 pagi sebelum 12 anggota masing-masing enam dari Balai Simpang Pulai dan Gopeng dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat,” katanya.

Sebaik tiba di lokasi, Ganeson berkata pihaknya mendapati 12 penumpang bas ekspres terbabit serta pemandunya mengalami kecederaan. Semua yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan.

“Pemandu lori kentena itu juga cedera akibat tersepit, manakala pemandu lori selamat,” katanya. Operasi menyelamat pihak bomba kemudian tamat kira-kira pukul 7.21 pagi.

Sementara itu, menurut Twitter PLUS, kerja pengalihkan ketiga-tiga kenderaan giat dijalankan dan lorong kiri laluan ditutup menyebabkan trafik perlahan sejauh kira-kira tiga kilometer. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd