• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14.8% Rakyat Pahang Dikesan Menghidap Diabetes

oleh Ahmad Albab
07/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Norol Azali Sulaiman berkata sebanyak 14.8 peratus atau 147,676 daripada lebih 1.5 juta penduduk di Pahang dikesan menghidap penyakit diabetes.

Beliau berkata pada tahun ini sahaja seramai 7,344 penghidap baharu penyakit tersebut dikesan.

“Hasil semakan terhadap data semasa mendapati, jumlah pesakit yang mendapat rawatan di jabatan pesakit luar di semua fasiliti kesihatan negeri ketika ini adalah seramai 44,214 orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 26 pesakit berusia 18 tahun ke bawah, manakala dalam julat umur 18 hingga 39 tahun pula ialah 1,867 orang dan selebih adalah mereka yang berumur 40 tahun ke atas,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya penyakit diabetes kini menjadi antara penyakit yang membimbangkan negara dan dunia, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri meramalkan penyakit ini akan menjadi antara tujuh penyakit punca utama kematian pada 2030.

“Data kematian di Malaysia sendiri menunjukkan 73 peratus daripada semua kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit diabetes dan komplikasinya, terutama serangan jantung dan strok.

“35 peratus daripada jumlah ini adalah dalam kalangan mereka yang berumur bawah 60 tahun,” katanya.

Sehubungan itu, Norol Azali berkata rakyat di negeri ini perlu memulakan langkah proaktif dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri selain memahami bahawa penjagaan kesihatan bukanlah tanggungjawab kakitangan kesihatan.

Beliau berharap dengan peningkatan kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap risiko penyakit itu ia dapat mengubah amalan hidup rakyat di Pahang kepada gaya hidup yang lebih sihat supaya penyakit ini berjaya dikawal dan dicegah. – BERNAMA

Tags: diabetes
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SIC Dinobat Litar Grand Prix Terbaik 2017

Next Post

DAP Serahkan Laporan Penyata Tahunan Kepada RoS

Related Posts

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap Diabetes & Obesiti

13/10/2021
0

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik. Seorang wanita menghidap...

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Maut Akibat Covid-19?

22/04/2020
0

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020)....

Next Post

DAP Serahkan Laporan Penyata Tahunan Kepada RoS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd